4kibat Dari Menegvr Gadis Bertvdung Terkinja² J0get, SekaIi N3tizen Tegvr Caprice Tentang lsterinya, Bini Dah Tegvr BeIum?

Nama instafamous, Sabrina Azhan menjadi bualan ramai selepas mempertahankan minatnya menari dan mengaitkan perkara tersebut dengan isu agama.

Kenyataan itu menarik perhatian penyanyi Caprice untuk bersuara menerusi hantaran di Instagram (IG).

Caprice atau lebih mesra dengan Daddycap berkata isu gadis berhijab suka menari dan dikongsikan di media sosial bukan satu perkara baru.

Namun kata pemilik nama Ariz Ramli, apa yang salah apabila pelajar Malaysia di Korea Selatan itu cuba mempertahankan minatnya yang terang-terangan salah dalam agama Islam.

“Dia (Sabrina) bukan gadis pertama berhijab yang menari dan menyanyi dalam media sosial. Silapnya apabila dia cuba kaitkan isu tersebut dengan agama”

“Jangan cuba justifikasi sesuatu benda yang kita minat dalam konteks Islam apabila perkara yang kita minat itu lari daripada al-Quran dan sunnah.”

Tegas pelantun lagu Lenglui, tindakan gadis berumur 22 tahun itu menampakkan diri sendiri kurang ilmu.

“Memang tak bolehlah. Kalau nak buat kepala kita tanpa mengikut al-Quran dan sunnah, anda akan kelihatan bodoh”

Namun tindakkan Caprice itu, diselangi dengan komen-komen netizen yang meminta dia menasihati isterinya juga.

“Lagi rilek pakai singlet..”

“Cara halus kot tegur isteri..”

“Kuman seberang laut boleh nampak..”

Sebelum ini, dalam temu bual berjudul Life of a hijabi K-pop dancer itu, Sabrina yang merupakan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang berkata hijab tidak pernah menjadi penghalang minat dalam dunia tarian.

Malah, dia enggan ambil pusing dengan komen-komen kebencian dan memilih untuk diri sendiri.

Video temu bual berdurasi dua minit 18 saat itu dikongsikan juga di Twitter @bbcworldservice.

Video:

Sumber: Ig caprice