Ada lndividu Tabvr Fitn4h Kepada Nad Zainal Untuk Kepentingan Diri Sendiri Buatkan Pengarah Shahrulezad Hilang Sabar

Pengarah Shahrulezad Mohammedin menyelar tindakan segelintir blog ekoran memuat naik kandungan berbaur fitnah berhubung keadaan pelakon Nad Zainal.

Shahrulezad berkata, disebabkan berita palsu berkenaan, dia menerima banyak pertanyaan daripada kenalan rapat dan peminat aktres berkenaan yang mahukan kepastian.

“Semalam abang dapat banyak WhatsApp daripada orang sekeliling bertanya ‘betul ke Cik Ijat? Betul ke Nanad (panggilan Nad Zainal) dah ****?

“Korang pemilik page ini memang sejenis tak ada hati perut ke? Memang spesis manusia yang suka menangguk di air keruh atas musibah orang lain?,” katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

Menerusi hantaran sama, pengarah drama itu turut memuat naik hantaran sebuah blog yang menggabungkan gambar Nad dan pelakon Ungku Ismail dengan kapsyen, ‘salam takziah buat Nad Zainal. Ini berita yang baru diterima’.

Dalam pada itu, Shahruleza turut berasa berang apabila terdapat beberapa blog lain turut melakukan perkara serupa seolah berlumba-lumba melaporkan perkara tidak benar dengan kepentingan diri sendiri.

Disebabkan perkara itu, ramai tak senang duduk kerana menyangka apa diperkatakan benar.

“Disebabkan perkara macam ini, jadi punca ramai yang tak keruan. Kalau satu dua page tak mengapalah, ini macam bergilir-gilir pula buat kapsyen mengelirukan.

Sementara itu, Shahrulezad menegaskan tidak akan melayan pertanyaan daripada sesiapa yang bertanyakan kepadanya berhubung cerita fitnah berkenaan.

Sebaliknya meminta merujuk sebarang informasi terkini menerusi Instastory Ungku Ismail.

“Jadi bagi sesiapa yang WhatsApp tanya soalan pelik hanya disebabkan trigged, terpedaya dengan kapsyen bodoh macam ini, abang minta maaf banyak-banyak.

“Abang cuma mampu blue tick sahaja sebab abang tak larat nak jawab soalan-soalan merepek yang berpunca daripada rasa triggered korang bila baca kapsyen bodoh itu,” katanya.

Tambah Shahrulezad, sekiranya tiada sebarang informasi terbaharu mengenai Nad, itu bererti pelakon tersebut dalam keadaan baik.

Terdahulu, Ungku Ismail pada Jumaat memaklumkan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, kembali direhatkan ekoran paru-parunya masih belum kuat.

Dia kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: awatsyeikh/achikdia.com