AIiff Syukri Mengakv Artis Nombor 1 Negara, Ramai Netizen Tidak Pvas Hati Dan Berikan Respon Pada BeIiau

Usahawan kosmetik yang penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sambut ibadah korban tahun ini sebagai artis nombor satu negara.

Menerusi satu klip pendek yang dikongsi beliau di laman Instagram miliknya, memperlihatkan Aliff dan keluarga menyambut ibadah korban di kampungnya sambil bergurau menggelarkan dirinya sebagai artis nombor satu negara.

“Macam ni bila artis nombor satu nak sambut raya”

“Artis nombor satu negara tahun ini dapat buat ibadah korban hasil lagu nombor satu”

“Artis nombor satu sedang menolong untuk menunjukkan dirinya rajin”

“Orang kampung mesti tak sabar nak rasa air tangan artis nombor satu,” antara yang ditulisnya.
Meskipun sedar perkara itu sekadar gurauan oleh Aliff, namun netizen tidak terlepas untuk mengusik beliau di ruangan balas.

“Nombor satu ke Datuk? Dah berapa kali menang Ajl? Haha”

“Nombor satu tu dari depan ke belakang Datuk?”

“Haha nombor satu ye Datuk, tak nak kalah ye”

“Datuk ni kelakar lah, tak habis-habis nak jadi nombor satu haha,” antara usikan netizen.

Sementara itu, Aliff sempat berkongsi sebuah lagu terbaru darinya akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi yang berkonsepkan Korean Pop Song.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak/achikdia.com