Akhirnya Ameera Khan D3dah Pvnca HiIang Daripada Media SosiaI, BeIiau Tert3kan Dan Rasa Dib3nci

Umum mengetahui bahawa influencer terkenal, Ameera Khan telah kembali setelah menghilangkan diri dari ruang media sosial.

Namun, Ameera mendedahkan bahawa sifat benci daripada segelintir masyarakat terhadapnya merupakan punca dirinya ‘hilang’ dari dunia maya.

Rasa tertekan

Adik kepada Neelofa itu berkata sedemikian menerusi satu sesi live di Instagram. Dia mengaku bahawa dirinya berasa dibenci oleh masyarakat dan berasa tertekan dengan situasi itu.

Saya ada Instagram, orang bercakap tentang saya. Saya berehat daripada Instagram pun orang masih lagi bercakap mengenai saya. Sebagai wanita yang masih muda, saya tertekan dan rasa dibenci. Jadi saya perlu berehat.

Ameera juga berkongsi bahawa dirinya banyak menghabiskan masa menyendiri, namun, dia tidak menggalakkan orang lain untuk berbuat demikian.

Selama enam bulan berehat daripada media sosial, saya habiskan masa dengan keluarga, mengembara, bersenam dan membaca. Tapi hampir kebanyakan masa saya akan bersendirian. Saya tidak galakkan anda untuk berbuat begitu, cuma saya hanya mahu berehat.

Apa-apa pun, gembira dapat tengok cara Ameera mengatasi tekanan dengan betul. Lepas ni, harap Ameera dapat jadi lebih positif, okay?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Xtra/achikdia.com