Akhirnya Annuar Musa Bersvara, Tak Sangka lni Yg Terjadi Kepada Zahid, Mat Hasan Selepas Majoriti MenoIak Umno, Tsvnami Sudah BerIaku

Selepas kekalahan mengaibkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, suara mendesak agar Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan mula kedengaran dari dalam parti itu sendiri.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dalam satu kenyataan berkata, “tsunami” sudah berlaku dalam PRU15 yang menyaksikan majoriti orang-orang Melayu menolak Umno.

“Oleh itu, dengan rasa penuh hormat dan takzim, saya memohon supaya Presiden Umno Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Najib Razak telah berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai presiden pada 2018,” katanya.

“Insya Allah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti Umno yang kita semua cintai ini.”

Menurut Onn, usaha untuk memperbaiki Umno perlu mula dilakukan sekarang dan jika tiada perubahan dilakukan, tidak mustahil Umno akan kalah semua kerusi pada masa akan datang.

“Umno telah rebah”

“Umno dan BN hanya menang 9 kerusi Parlimen di Johor sementara itu, kita tidak memenangi satupun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu,” katanya.

Sementara Ketua Pemuda Umno Kota Raja Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkata, kekalahan teruk BN pada PRU15 berpunca daripada tindakan Zahid yang disifatkannya membelakangkan parti dalam proses pemberian watikah calon.

“Pemuda Umno Bahagian Kota Raja menyeru Ahmad Zahid agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini dan meletak jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Najib Razak apabila parti kalah dalam PRU14”

“Pemuda Umno Kota Raja juga meminta timbalan presiden, Mohamad Hasan (Mat Hasan) turut mengotakan janji beliau untuk meletak jawatan sekiranya BN gagal memenangi pilihan raya kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

BN hanya memenangi 30 kerusi Parlimen dan tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dan kebanyakan di Pahang dan Perak.

PRU15 yang diadakan atas desakan Zahid dan pemimpin kluster mahkamah Umno, menyaksikan Parlimen tergantung dengan tiada blok mendapat majoriti mudah.

Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 73 kerusi.

Ia diikuti oleh BN (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan bebas (2).

Kerajaan campuran dijangka akan terbentuk selepas PRU15 namun masih belum jelas gabungan mana akan terlibat.

Dalam pada itu, Sheikh Wesal berkata, rundingan dengan gabungan lain perlu diketuai Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno.

Presiden MCA Wee Ka Siong bersama pemimpin Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan pada acara pengumuman calon gabungan itu di Kuala Lumpur malam tadi.

PRU15: Annuar Musa seru muafakat antara parti

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa meminta pihak yang bertanggungjawab untuk mengundurkan diri dan mengambil tanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau mencadangkan, Perikatan Nasional (PN), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang satu ketika bersama untuk bermuafakat dan membentuk kerajaan.

“Usah berlengah lagi, ketepikan semua ego. Yang gagal mundurlah dan ambil tanggungjawab”

“Bermuafakatlah dan bentuk kerajaan. Selamatkan negara, agama dan bangsa ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Annuar yang sebelum ini merupakan penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Kelantan tidak dicalonkan pada PRU kali ini dan digantikan dengan Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Aradillah Ariffin.

Bagaimanapun, kerusi tersebut gagal dipertahankan kali ini apabila Pas berjaya merampasnya kali ini.

PRU15 hidup mati BN, kalah saya letak jawatan, tegas Tok Mat

Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) menjadi peluang terakhir bagi Barisan Nasional (BN) kembali membentuk kerajaan persekutuan, kata timbalan pengerusi gabungan itu, Mohamad Hasan.

Katanya, jika BN gagal meraih kemenangan dalam pilihan raya kali ini, peluang untuk memenanginya pada pilihan raya akan datang akan menjadi lebih sukar.

Malah, beliau sanggup melepaskan jawatannya jika BN mengalami kekalahan pada PRU15.

“Keutamaan kita adalah PRU15. Kita mesti menang, kalau kalah, siapa nak jawatan timbalan presiden, ambillah. Saya sanggup. Jujurnya, kalau parti kalah, bagilah kepada orang muda ke, siapa-siapa nak…ambil, tetapi selagi kita berhadapan dengan PRU15, keutamaan saya sebagai pengarah pilihan raya, komitmen saya adalah menang”

“BN mesti menang, kalau tak menang, susah nak bangun semula. Jadi, inilah peluang terakhir untuk kita membuktikan dan bangkit semula untuk menawan Putrajaya,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, pertarungan PRU15 cukup berbeza kerana BN perlu bersaing dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Sangat sukar sebenarnya untuk kita tawan Putrajaya, pengundi mungkin sudah selesa dengan kerajaan sedia ada atau mereka mahukan PH. Sebab itu, kita perlu bangkit dan menang. PRU15 pun dah hampir, kalau ini larian 100m, tinggal 15m, pecutlah…tahan nafas supaya kita dapat cecah garis penamat pada PRU15”

“Ini pertarungan terakhir, hidup atau mati, kalau nak hidup, menang PRU15…kalau tidak saya mengalah,” katanya.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno, yakin BN boleh meraih kemenangan berdasarkan keputusan diperoleh pada pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN).

“Sebanyak tujuh PRK kita dapat sokongan rakyat, PRN di Sabah, Melaka dan Johor, rakyat telah beri mandat kepada BN, bukan menang sikit-sikit, bukan menang biasa-biasa, ini menang luar biasa,” katanya.

Namun, beliau menggesa semua jentera parti supaya tidak mencetuskan sebarang perbalahan yang boleh memecah belahkan parti.

“Kalau nak menang, jangan ada perbalahan. Saya dapat menghidu di negeri-negeri, itu sebabnya ada negeri yang ada sedikit masalah, ada yang banyak, saya mempunyai deria hiduan yang tinggi, saya boleh hidu sesuatu yang betul-betul bermasalah”

“Jadi, jangan kita bertelagah dalaman, kalau bertelagah, orang kata muafakat punca kita selamat sengketa punca celaka, jadi kalau bersengketa, kecelakaanlah yang akan menimpa kita. Muafakat elok-elok supaya kita dapat harungi PRU15 dengan kesepakatan dan kesepaduan parti,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: malaysianow/achikdia.com