Akhirnya Ashira TampiI Bvka MuIut Kenapa Dia Sanggvp Menyanyi Di Pub Dan KeIab MaIam

SeIepas dua tahun Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) berakhir, penyanyi Ashira kecewa apabila program itu tidak mampu melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air.

Akui pada awalnya dia enggan menyertai pertandingan tersebut, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, bagaimanapun tetap mencuba nasib dengan harapan ia kembali dikenali setelah sekian lama menyepi.

“Sebenarnya saya sudah lama tidak berhajat untuk kembali aktif dalam industri seni. Ketika menerima tawaran GV7 pun hati saya berbelah bahagi. Namun ketika itu hanya mencuba nasib untuk kembali”

“Tidaklah terlalu mengharap nama akan kembali ‘meletop’ seperti dahulu. Cuma ada sedikit rasa kecewa apabila percubaan untuk melakukan perkara yang saya minat tidak menjadi,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Di Ombak Resah ini juga memberitahu dia tidak banyak menerima tawaran menyanyi selepas menyertai program tersebut seperti mana yang diharapkan.

Dalam kekecewaan tersebut Ashira terpaksa akur rezeki tidak berpihak kepadanya untuk mengekalkan momentum populariti dalam bidang nyanyian.

“Jika ada tawaran menyanyi pun hanya sekadar bertanya. Saya memang tidak menerima banyak undangan dalam mana-mana majlis. Saya faham ramai lagi artis dalam industri seni dan ini bukan rezeki saya”

“Perkara yang sama terjadi lagi kepada saya. Rezeki sebagai penyanyi bagaikan tak ‘lekat’. Dari dahulu lagi saya sudah biasa begini,” ujarnya.

Tidak mahu meletakkan harapan tinggi, Ashira dalam masa sama enggan terus meninggalkan minatnya terhadap bidang nyanyian.

Justeru dia merebut segala peluang dan menerima tawaran kerja menyanyi di sebuah restoran pub seperti mana yang dia lakukan sebelum ini.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini memang susah hendak cari kerja. Jadi apabila ada peluang menyanyi di restoran seperti sekarang ini saya terima sahaja”

“Sebelum ini pun saya menyanyi di kelab. Ini sudah menjadi kerjaya dan saya tidak akan tinggalkan bidang nyanyian kerana minat yang mendalam,” jelasnya.

Sumber: Mstar