Akhirnya Dato Fazley Yaakob Bersvara, Tak Setuju Gimik Pr4nk Demi Raih Publisiti, lni Satu Keb0dohan

Sejak kebelakangan ini, gimik prank dilihat seakan-akan menjadi trend di media sosial membabitkan pempengaruh mahupun selebriti terkenal.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk meraih tontonan tinggi daripada audiens, sekali gus menjadi tular.

Ini berikutan baru-baru ini tular sebuah video prank yang sengaja dicipta oleh seorang pempengaruh media kononnya untuk melakukan eksperimen sosial.

Dalam video berkenaan, pempengaruh tersebut telah menonyoh sebiji kek ke muka seorang wanita yang sedang menolak seorang lelaki OKU di atas kerusi roda.

Video itu lantas menjadi tular, secara tidak langsung mendapat kecaman ramai

Namun rupa-rupanya hanyalah lakonan semata-mata dan satu Malaysia tertipu dengan sandiwara dilakukan oleh semua yang terlibat dalam video berkenaan.

Trend ini dilihat semakin menular dalam kalangan pempengaruh media sosial sehingga membuatkan masyarakat menjadi tidak selesa.

Tidak terkecuali apabila ramai penyanyi dilihat suka melakukan gimik merepek atau sebagainya sebelum melancarkan lagu baharu.

Gambar yang dimuat naik ke Instagram milik Fazley Yaakob

Menurut pandangan cef selebriti yang juga penceramah motivasi iaitu Datuk Fazley Yaakob, dia sama sekali tidak bersetuju dengan gimik prank demi meraih publisiti.

Menerusi hantarannya di Instagram, Fazley menyifatkan perkara seperti prank dan gimik sebagai satu kebodohan.

Kapsyen yang ditulis oleh Fazley Yaakob

β€œIt’s just a big no! Semua benda jadi ikutan sekarang. Kalau betul nak orang ingat demi marketing, banyak lagi cara lain. Betul lah any publicity is a good marketing, tetapi kalau benda yang menjatuhkan maruah, meraih simpati palsu atau sengaja buat orang marah, itu dah macam mainkan perasaan followers. Sama macam menipu orang dan merompak kepercayaan followers. Tak begitu?” tulisnya.

Tambah Fazley lagi, pemantauan badan berwajib harus dilakukan untuk membendung perkara ini dan dia turut meminta pendapat daripada Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil.

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen dan rakan selebriti bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Fazley dan turut berharap agar perkara itu segera dibendung sebelum menjadi semakin parah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: boom/achikdia.com