Akhirnya DS Rosmah Ambil Tind4kan Ini Selepas Tvlar Gambar DS Najib Bersama Isteri Baharu, Siap PeIuk Tangan

Minggu ini media sosial dikejutkan dengan sekeping foto mengaitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama lima individu lain.

Menerusi Twitter @Salim_Iskandar yang membuat pendedahan berkenaan, Najib dipercayai bergambar dengan sebuah keluarga selain di sebelah beliau dilihat seorang wanita sedang merangkul erat lengannya.

Lebih mengejutkan apabila individu berkenaan turut mendakwa wanita yang dikatakan bekas pramugari itu adalah isteri Najib.

“Dulu dia kerja stewardess (pramugari). Yang kenalkan bossku (Najib) dengan dia adalah abangnya”

“Dia ni bekas CEO Malaysian Tourism Exchange (Matex),” jelasnya.

Dalam pada itu, pelayar Twitter berkenaan turut berkongsi mesej menerusi WhatsApp yang diterima berhubung kesahihan gambar tular berkenaan.

“Gambar ni tok (Datuk) no issue sebab tu memang wife bossku yang sah,” demikian yang tertulis dalam tangkap layar mesej berkenaan.

Seorang individu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta siasatan dibuat terhadap penyebaran gambar bekas Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak dengan seorang wanita yang memeluk lengan kirinya dalam satu majlis yang tular dalam media sosial.

Individu itu yang merupakan rakan kepada keluarga akrab Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat laporan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor petang semalam.

Dalam laporan tersebut, individu yang enggan dikenali itu mahu siasatan dijalankan sekiranya hasil siasatan membuktikan gambar berkenaan telah diedit dan keterangan pada gambar juga tidak benar.

Malah, individu itu meminta tindakan diambil dari sudut undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar beserta keterangan gambar yang tidak benar.

“Saya telah menunjukkan gambar dan caption kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di mana kedua-dua mereka sangat terkejut memandangkan ia tidak benar sebelum meminta bantuan saya membuat laporan kepada SKMM bagi tindakan selanjutnya”

“Saya membuat laporan ini bagi pihak Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dan seperti yang mereka minta, mereka memohon satu siasatan diambil sekiranya hasil siasatan membuktikan gambar berkenaan diedit dan caption terbabit tidak benar”

“Saya juga memohon tindakan diambil terhadap pihak berkaitan dari sudut undang-undang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sejak semalam, tular sekeping gambar menunjukkan seolah-olah Najib dalam satu majlis dalam sebuah premis persendirian dengan seorang wanita yang memeluk erat lengan kirinya dan diapit empat individu lain.

Wanita terbabit menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen di mana beliau kelihatan tersenyum dan mesra berada di sebelah Najib, sehingga ada yang mengatakan wanita misteri itu isteri baharu Najib.

Sementara itu, jurucakap MCMC ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan tersebut semalam.

Terdahulu,

Gempar! Najib sudah ada isteri kedua? Ada yang sangsi, foto mesra mungkin ‘photoshop’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka bekas perdana menteri itu mempunyai isteri lain selain Datin Seri Rosmah Mansor.

“Berani juga kahwin lagi satu walaupun muka isteri pertama garang.

“Berkahwin lagi atau dah lama tapi tidak dikhabarkan?

“Ini baru betul, nak malu apa bossku! Perkara halal,” ujar beberapa netizen.

Bagaimanapun ada pula yang menyatakan bahawa foto yang tersebar itu telah disunting.

Kata mereka, Najib mungkin bergambar kenangan dalam satu majlis dipercayai sambutan hari jadi seperti yang dilihat ramai.

Namun wujud kesangsian pada bahagian tangan wanita yang sedang merangkul lengan Najib.

“Macam photoshop, kenapa tangan bini dia kabur? Posture pun pelik,” komen seorang pelayar.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri ke-6 yang terpalit dengan pelbagai dakwaan rasuah dan 1MDB.

Beliau juga terkenal dengan tagline ‘malu apa bossku’ dalam kalangan pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Utusan/Achikdia