Akhirnya Faizal Hussein Bongkarkan Kenapa Beliau Dah Tak Famous Yang Bvatkan Netizen Terkedv

Peningkatan usia tidak pernah menjadi faktor penghalang buat pelakon senior Faizal Hussein untuk terus aktif dalam dunia seni.

Menurut Faizal yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-55 pada Selasa, dia tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon selagi hayatnya ada.

“Saya tak pernah rasa tua. Badan saya ini rasa masih sihat dan boleh bekerja. Saya memang sentiasa aktif dan jika tidak terlibat dengan penggambaran saya banyak melakukan aktiviti lain bersama keluarga”

“Saya tidak akan ucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan. Selagi masih mampu bergerak, saya tidak pernah rasa bosan untuk bekerja”

“Dalam usia 55 tahun saya tidak pernah puas lagi bekerja. Banyak lagi watak yang mahu diterokai. Jika ada skrip yang bagus saya akan terima tawaran tersebut,” katanya kepada mStar.

Akui dirinya agak memilih dengan setiap tawaran yang datang, Faizal mahu setiap hasil kerjanya berkualiti dan memberi kesan terhadap penonton.

Itu yang membuatkan saya eksklusif dan terima tawaran kerja bukan sekadar suka-suka sahaja- FAIZAL HUSSEIN- PELAKON

Dalam masa sama, Faizal juga menolak tawaran untuk tempoh masa yang lama kerana baginya perlu ada nilai eksklusif dalam kerjaya seni.

“Memanglah saya memilih dalam tawaran kerja. Pertama saya melihat kepada tawaran bayaran dan kedua adalah skrip. Namun jika skrip bagus, saya boleh ketepikan soal bayaran yang sepatutnya”

“Mungkin sesetengah pelakon akan mengeluh jika dua atau tiga bulan tidak menerima tawaran. Tetapi saya tidak ada masalah untuk duduk rumah selama lima atau enam bulan tanpa sebarang tawaran berlakon”

“Dalam konsep bekerja, saya tidak mahu terlalu terdedah dengan banyak membintangi drama atau filem. Itu yang membuatkan saya eksklusif dan terima tawaran kerja bukan sekadar suka-suka sahaja,” ujarnya.

Faizal kekalkan konsep eksklusif dalam kerjaya

Faizal ditemui ketika majlis pelancaran slot program sitkom Awesom TV yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara pada Rabu.

Faizal bakal tampil dalam sitkom terbaharu berjudul Dak Dak Ofis yang turut menampilkan pelakon lain seperti Amy Mastura, Eyka Farhana, Ajak Shiro dan Eric Fuzi.

“Rasanya kali terakhir saya buat sitkom komedi adalah sekitar tahun 1990-an dahulu. Saya tertarik untuk terima tawaran ini kerana skrip yang bagus”

“Memang saya suka buat komedi tetap jarang diberi peluang. Rasanya orang-orang dalam industri tahu saya boleh berlakon komedi dan bagi mereka yang rindu untuk saya berlakon genre begini boleh lepas rindu dalam drama Dak Dak Ofis,” jelasnya.

“Saya jadi pelakon bukan untuk kaya…”

“Roy, Roy… hati kau keras.”

Ingat dialog ini? Ungkapan popular menjadi bahan seloroh ramai orang. 35 tahun, Itulah usia penangan filem Gila-Gila Remaja yang pernah mencipta fenomena.

Kali ini, Pancaindera tampilkan Faizal Hussein. Seorang legenda yang sudah lama diidam-idamkan menjadi penghias sampul hadapan. Setidaknya untuk saya.

Seorang ‘Roy’ yang digilai ramai gadis ketika Gila-Gila Remaja meletup-letup sekitar tahun 1986. Selepas itu, Hero Malaya ini terus terbang tinggi dengan barisan drama dan filem pecah panggungnya.

Deretan trofi dan penghargaan yang diterima menjadikan dia salah seorang anak seni yang cukup berjaya. Namun dia sederhana, dalam apa jua aspek. Lantas itu menjadikan dia, unik.

Berurusan dengan Faizal adalah mudah. Rendah diri dan baik budi pekerti. Tiada kerenah yang tak disenangi. Itulah profesionalisme seorang bintang yang wajar diteladani.

Ketika hadir ke sesi fotografi pun Faizal datang sendiri. Tiada pengurus mahupun pembantu yang menemani.

Tak ramai bintang ternama begini. Ada, tetapi boleh dikira dengan jari. Mungkin Faizal sikapnya seorang yang berdikari.

“Banyak benda saya buat sendiri. Solekan saya hari ini pun saya buat sendiri. Saya pergi kerja memandu sendiri. Ada masa, baju untuk berlakon pun saya bawa sendiri”

“Saya tak ada pengurus atau pembantu peribadi. saya lebih senang berurusan terus dengan sesiapa pun. Saya tak mahu nama jadi buruk disebabkan masalah orang tengah. Selagi mampu, cukuplah berdikari,” katanya.

Bercerita tentang rezeki, Faizal akui hidupnya hanya menyara keluarga dengan kerja lakonan semata-mata. Zaman sekarang, nak hidup senang kena buat dua tiga kerja, paling-paling pun berniaga.

Tetapi bukan pada Faizal. Saya bertanya, bolehkah bertahan dengan kerja berlakon sahaja?

“Saya tidak guna platform ini untuk kaya. Saya ikhlas berlakon, nak buktikan kepada masyarakat, dengan berlakon pun boleh hidup. Mungkin tak kaya, tapi boleh mewah. Kalau beringat, boleh”

“Artis sekarang, mungkin kehidupan mewah sebab ditaja atau pendapatan dari media sosial. Nampak mewah sebab dia artis”

“Saya tidak ditaja, apa yang orang luar nampak, yang saya pakai semua beli sendiri, hasil kerja berlakon. Saya akan berlakon hingga ke akhir usia. Tiada noktah, tiada titik bersara,” katanya.

Tambah Faizal lagi, hidup perlu sederhana. Itu pegangannya untuk bertahan sebagai seorang pelakon yang melakukan kerja lakonan semata-mata.

Dia akui, banyak pelakon terpaksa ambil sahaja bayaran yang ditawarkan gara-gara gaya hidup bermewah-mewah yang mereka amalkan. Tetapi bukan dia.

“Saya pastikan saya tidak terdesak. Dalam apa juga keadaan, saya kena bersedia. Sentiasa beringat dan berjimat”

“Hidup sederhana, belanja pun tidak berlebihan. Sistem kehidupan begini saya yang aturkan, saya nampak kebaikannya,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Mstar/achikdia.com