Akhirnya Ini Berl4ku di FB Jamal, BF Yan Senrose Selepas Netizen S3r4ng Channel Utube

Sejak semalam, tular di media sosial berkenan penahanan seorang YouTuber dan tiga rakannya bagi membantu siasatan berhubung kemaatian teman wanitanya.

Wanita tersebut setelah mengalami kecederaan parah dipukul sebelum meninggal dunia dalam satu kejadian di Teluk Kumbar.

Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal memaklumkan yang empat lelaki berusia 23 hingga 28 tahun telah ditahan sekitar Teluk Kumbar bagi membantu siasatan kes bvnuh berkenaan.

Berita itu telah mendapat simpati netizen, yang mana rata-rata antara mereka mengenali wanita tersebut.

“Polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau (HBP), di sini pada 10.39 malam Sabtu memaklumkan seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital itu selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.”

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan seluruh tubuhnya sebelum wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya kritikal,” katanya.

Difahamkan, mangsa juga merupakan seorang YouTuber telah meninggal dunia pada 3 April lalu ketika menerima rawatan di HPP.

Susulan daripada itu, empat lelaki termasuklah teman lelakinya telah ditahan untuk membantu siasatan.

Empat lelaki itu akan ditahan reman sehingga 11 April bagi membantu siasatan dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bvnuh.

Hasil risikan netizen-netizen Malaysia, mereka telah menjumpai laman sosial si pelaku, ia termasuklah channel youtube, tiktok dan facebook.

Akhirnya, ini yang berlaku di laman sosial pelaku.

Menurut sumber lagi, mangsa dan kekasihnya itu telah menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lalu untuk video laman YouTube mereka memandangkan wanita itu berasal dari Melaka.

Mangsa dikatakan dipukul dengan objek tumpul oleh teman lelakinya selepas berlaku pertengkaran.

Wanita tersebut dikejarkan ke HBP namun dirujuk ke HPP untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Harian Metro, Facebook Nursyuhada Ahmad Bakhtiar