Akhirnya Kant0i, Rvpanya Azra Diera Adalah Vidrio Herrisa Penulis Lirik OST Roh 100 Hari

Hubungan cinta Azra Diera dan pelakon, Azri Iskandar tidak pernah menjadi rahsia mereka.

Bahkan, ramai yang tertanya-tanya serta ingin melihat wajah individu yang sehingga kini hanya dikenali menerusi namanya sahaja.

Hasil carian mendapati Azra Diera dan Vidrio Herissa adalah individu sama berdasarkan komen komposer, penulis skrip dan lirik itu pernah menyertai kelas Adaptasi Novel Ke Skrip.

Ianya dijalankan secara atas talian pada tahun lalu dipercayai dikendalikan oleh Maizura Mohd Ederis, seorang penulis dan pembimbing penulisan skrin.

Carian di Google menggunakan nama Vidrio Herrisa pula membawa ke pautan wikipedia mengenai wanita berkenaan namun tidak ada sekeping gambar wajahnya mahupun novel yang ditulis pada bahagian Google Image.

Berdasarkan apa yang dinyatakan menerusi Wikipedia, Vidrio Herrisa bukan hanya novelis, penulis skrip dan lirik tetapi juga pemuzik serta penerbit.

Beliau juga anak kelahiran negeri Perlis yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Music Production & Audio Engineering.

Vidrio juga adalah pengasas Entity Rockers Paranormal (ERP) yang memperjuangkan muzik genre rock kapak di Malaysia. Dia terus menjadi misteri kerana menulis perlbagai karya dengan nama yang berbeza.

Bagaimanpun, andai digali sedikit lebih dalam, berkemungkinan ada antara rakan-rakannya yang memuat naik foto bersama namun tidak melakukan ‘tag’ nama di Facebook.

Apapun, melihat pada keterangan di Wikipedia yang kali terakhir dikemas kini pada Mac 2022 itu, ternyata memang benar Azra adalah seorang penulis lirik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Cari/achikdia.com