Akhirnya Mawar Karim TampiI Beritahu Cerita Dari SebeIah Pihaknya Kerana Em0sinya Kini Sangat Terganggv

Usahawan, Mawar Abdul Karim, mengaku emosinya terganggu susulan dakwaan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman bernilai RM720,000 daripada seorang rakan sekali gus berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrap.

Menurut Mawar, dia terkejut dengan dakwaan yang disebarkan di media sosial sekali gus tampil untuk mempertahan diri.

“Tidak dinafikan emosi saya terganggu, malah orang di sekeliling juga sering bertanya dan mempertikai sebaik mengetahui berita terbabit di media sosial”

“Saya ingin tegaskan saya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak mereka. Malah sebagai usahawan saya juga memikirkan soal keselamatan anak, keluarga, bisnes, pembekal, reputasi perniagaan saya yang terjejas”

“Bagi saya dalam perniagaan, kepercayaan adalah asas utama. Apabila timbul isu sebegini, ia akan mengundang persoalan dan menjejaskan perniagaan saya sehingga mungkin ada yang beranggapan saya tidak boleh dipercayai,” katanya.

Mawar menegaskan, dia tidak mempunyai sebarang hutang dan masalah kewangan termasuk tidak mengenali plaintif.

“Saya tiada hutang dan tidak mengenali plaintif. Setakat ini, saya tiada masalah kewangan. Segala dakwaan yang timbul adalah tidak tepat dan saya tidak pernah berurusan dengan individu terbabit.” kata Mawar yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar.

Tambah Mawar, dia juga tidak mengetahui apa niat sebenar individu terbabit sehingga wujudnya tuntutan sejumlah itu.

“Saya pun tak pasti apa niat sebenar individu ini. Adakah ia berpunca daripada dengki atau cubaan untuk sabotaj saya dalam perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar yang diwakili oleh Peguambela dan peguamcara daripada Zabir Imran and Partners, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Tentuan Azali & Co, Mohd Azali Ibrahim memaklumkan, esok akan berlangsung sesi pendengaran permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ingkar kehadiran di mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi.

“Buat masa ini, kami fokus kepada permohonan ini terlebih dahulu sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh mahkamah”

“Sama ada Mawar akan membuat tuntutan balas atau tidak selepas ini, kami masih dalam proses untuk memberikan nasihat dengan sewajarnya kepada pihak anak guam kami,” katanya.

Terdahulu, Mawar didakwa berdepan tindakan pengisytiharan bankrap susulan dakwaan dia ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang rakan.

Pada 13 April lalu, media melaporkan peguam Nik Zarith Nik Moustpha dari Tetuan Mohd Asyraf Nik Zarith & Co yang mewakili plaintif iaitu kenalan Mawar bernama Nabil Mat Jahya ketika dihubungi berkata, apa yang berlaku bukan fitnah.

Sidang Media

SUMBER: HMETRo