Akhirnya Puteri Sarah AmbiL Tind4kan Terhadap AhIi KeIuarga Ira Kaza SeteIah Mereka Langg4r Perint4h Mahk4mah

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, mendakwa salah seorang ahli keluarga pihak defendan, Ira Kazar mengeluarkan kenyataan berkaitan dengannya menerusi media sosial, minggu lalu.

Sehubungan itu, peguam Puteri Sarah melakukan penelitian berhubung kenyataan dikeluarkan dan mendapati individu itu melanggar perintah injuksi interim yang diserahkan kepada pihak defendan pada 28 Jun lalu.

Puteri Sarah berkata, peguamnya menghantar satu notis komital, yakni penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai lalu kepada individu berkenaan.

“Ada ahli keluarga pihak defendan melanggar perintah injuksi. Jadi, kes ini diserahkan kepada peguam”

“Sepatutnya, pihak defendan tidak boleh mengeluarkan kenyataan atau menyebut nama saya dalam media sosial. Itu tidak sepatutnya berlaku”

“Disebabkan itu, peguam sudah dapat mengesan individu di kalangan ahli keluarga defendan membuat kenyataan membabitkan nama saya dalam media sosial,” katanya BH Online.

Puteri Sarah ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, di sini, petang tadi.

Isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu berkata, dia dimaklumkan berhubung perkara berkenaan oleh netizen.

“Saya dapat tahu perkara ini selepas diberitahu netizen. Jika ikutkan, saya tak ambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja”

“Namun, netizen maklumkan dan saya terus menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk mendapatkan kepastian sama ada melanggar perintah injuksi atau tidak”

“Peguam mengesahkan ia melanggar dan surat peguam sudah diserahkan kepada individu berkenaan, semalam,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.

Perintah itu diperoleh dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan dalam media sosial atau mana-mana platform sama ada mengenai Puteri Sarah atau berkaitan dengannya.

Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Puteri Sarah, 37, mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Bo/achikdia.com