Akhirnya SkandaI Shuk Fara Salleh Buka MuIut Tentang Kaitannya Dengan Ira Kazar BiIa Dipetik

Konflik rumah tangga Puteri Sarah yang mendakwa diganggu Ira Kazar semakin panas apabila seorang rakan lama anak kepada pelakon veteran Kazar itu membuat pendedahan terbuka di media sosial.

Seorang wanita yang menggunakan nama Mira Bakri mendakwa mengenali perangai Ira kerana pernah berkawan baik dengan influncer itu sejak mereka berusia 19 tahun.

Malah, dakwa Mira, dia sudah menegur bekas rakannya sejak dulu lagi, namun tetap tidak berubah.

“Aku tak faham jenis perempuan yang nak laki orang ni, siap ganggu life wife dia. Bila block, dia callnya sampai berpuluh kali”

“I dulu rapat nak mampus dengan dia 10 tahun lepas, dia budak sekolah i tapi bukan satu kelas ya”

“Balik sekolah sama, ambil PMR pun sama. Ko rasa aku tak kenal perangai dia?” antara tulisan Mira di Instastory miliknya.

Puteri Sarah dedah rumah tangga diganggu Ira Kazar

Sementara itu, Ira yang dihubungi mStar enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

“Saya nak tekankan di sini… no komen” ujarnya ringkas.

Fara Salleh nafi kawan rapat Ira Kazar

Selain itu, dalam posting berlainan, Mira juga mendakwa Ira berkawan dengan wanita yang dikaitkan dengan pelawak Shuk iaitu Fara Salleh.

Dakwa Mira wanita tersebut mempunyai perangai sama dengan Ira, malah dia pernah menerima mesej dari Fara ketika mereka sama-sama berkawan dengan seorang lelaki yang juga bekas vokalis Hyper Act, Kecik.

Jangan kaitkan saya. Ira adalah salah seorang sukarelawan masa saya buat charity Covid-19 tahun lepas. Bukan kawan baik.

“Ada orang sebut fasal skandal Shuk tu, elok la dia orang berkawan. Matlamat anda sama tahniah!”

“Korang ingat tak sebelum Shuk dia bercinta dengan siapa, dia bercinta dengan Kecik Hyper Act masa tu”

“Nak dijadikan cerita aku pernahlah nak together dengan Kecik, tapi aku tak mahu sebab aku tak nak famous sebab artis”

“Ko bayangkan skandal tu mesej aku sebab Kecik selalu mesej dia macam ni ‘you ni tak sama la dengan Mira, tak psiko macam you’”

“Aku dah la tak kenal kau tiba-tiba mesej macam ni sebab apa? Sebab nak minta simpati dekat aku supaya minta Kecik stick dengan kau. Eh tak da masa”

“Maksudnya sekarang elok depa (mereka) bedua berkawan sebab dua-dua psiko” tulisnya.

Fara masih dikaitkan dengan Shuk

Dalam pada itu, Fara menafikan dia berkawan baik dengan Ira seperti didakwa wanita berkenaan.

Dia juga meminta wanita itu tidak mengaitkan namanya dalam kontroversi melibatkan Ira Kazar dan rumah tangga Puteri Sarah.

“Tidak, jangan kaitkan saya. Ira adalah salah seorang sukarelawan masa saya buat charity Covid-19 tahun lepas. Bukan kawan baik”

“Malah saya juga tidak mengenali wanita (Mira) berkenaan. Biasalah tu attention seker. Fitnah pun banyak” ujarnya kepada mStar.

Sebelum ini, kisah rumah tangga Sarah dan suami iaitu Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Sarah mendakwa Ira mengganggu kehidupannya sejak empat tahun lalu sehingga menjadi punca perkahwinannya berantakan.

Puteri Sarah lega luah kemelut rumah tangga, 4 tahun pendam… Bakal tunai umrah mohon petunjuk cari jalan keluar

KETIKA berdepan kemelut rumah tangga yang berpanjangan, pelakon Puteri Sarah bersyukur apabila dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah sekali gus menyambut Hari Raya Aidilfitri di Tanah Suci Makkah.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, kesempatan kali ini akan digunakan dalam memohon diberikan jalan keluar dari segala masalah yang sedang dilaluinya.

“Saya dah lama kumpul duit dan rancang mahu ke umrah selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syukur diberi rezeki dan kesempatan untuk ke sana lagi”

Puteri Sarah mahu tunai umrah dalam keadaan tenang

“Kali ini saya mahu berdoa supaya diberi jalan keluar dari segala masalah dan petunjuk untuk penyelesaian,” katanya ketika dihubungi Mstar.

Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun

Kisah rumah tangga Sarah dan suami iaitu Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian baru-baru ini apabila dia mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Selama empat tahun memendam rasa, kata Sarah dia kini lebih tenang selepas membuat luahan tersebut.

“Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun”

“Saya mahu ke umrah dengan tenang dan memberi tumpuan kepada ibadah. Saya juga berharap dapat dikelilingi orang orang yang positif,” ujarnya.

Sarah akan berada di Tanah Suci selama 16 hari bersama keluarga sebelum menyambung percutian ke Istanbul, Turki.

“Saya sudah kerja keras selama ini dan asyik sibuk dengan penggambaran”

“Jadi tak salah rasanya jika mahu bercuti seketika bersama keluarga. Anak kedua saya juga lahir ketika PKP dan tidak pernah bercuti,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: Mstar