Akhirnya TMJ TampiI Bersvara Kerana Ditvduh Jadi Pvnca Kenderaan Seorang lndividu L4nggar Pembahagi JaIan

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil bersuara selepas dikatakan menjadi punca kenderaan seorang individu bergesel pada pembahagi jalan.

Dakwa TMJ Jadi Punca Kenderaan Individu Ini Langgar Pembahagi Jalan

Menerusi ciapan di Twitter, seorang individu yang dikenali sebagai @Pio_Dhurjana menceritakan bahawa dia cuba mengalihkan kenderaan ke kanan jalan setelah terdengar bunyi siren, dan mendakwa telah melihat kenderaan baginda turut menggunakan jalan yang sama.

“Tadi tengah traffic light sesak gila, tetiba bunyi siren, so kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun ke kanan sekali sampai tergesel divider tepi jalan, sekali yang lalu @HRHJOHORII, ingat kecemasan apa lah” ciapan individu di Twitter

TMJ Beri Respon!

Tidak berdiam diri, baginda dilihat telah membalas komen individu berkenaan dengan menjelaskan bahawa baginda hanya berada di rumah sepanjang hari, serta meminta individu tersebut agar tidak mereka-reka cerita lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham PRU dah dekat, tetapi taktik menghasut & menipu tidak akan selesaikan masalah-masalah rakyat” balas TMJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: murai/achikdia.com