Aku Kesunyian, Suami Kat Brunei Dah Lama Xbalik Sebab Cvdl9. Aku Terpaksa Cari Anak Ikan Untuk Lepaskan Nafsv. SaIah Aku Ke

Gambar hanyalah ilusi. Assalamualaikum semua. Sebelum tu, aku nak minta maaf andai coretan aku agak berterabur. Aku tak pandai menyusun ayat, tapi aku terdesak sekarang ni. Aku kenalkan diri aku sebagai S (bukan nama sebenar). Berumur 35 tahun. Aku nak buat satu pengakuan. Aku ada satu anak ikan atau dalam bahasa kasar, budak muda yang aku jadikan tempat pemuas n4fsu.

Benda ni tak mudah untuk aku coretkan disini dan mungkin sesuatu yang agak berani aku buat sekarang ni kerana sekarang ni, aku dah ada suami. Aku tahu apa aku buat ni pun memang berdosa tapi apa pilihan yang aku ada bila aku turutkan n4fsu?

Aku mengaku aku tewas dalam permainan sy4itan ni Aku buat keputusan untuk kongsi sini untuk dapat sedikit respon dari pembaca untuk aku berubah. Aku tak minta kecaman, tapi doakan aku untuk berubah. Semoga ada doa kalian yang diangkat agar aku sedar bertapa berdosanya aku. Aku dan laki aku dah lama bersama, tapi suami aku, aku gelarkan P, orangnya memang kacak,daya tarikan prince charming dia kuat, muda 6 tahun dari aku, seorang yang sangat sibuk dan ada tanggungjawab yang besar.

Beliau sekarang di Brunei dan aku pula di ibu negara.

Seperti yang kita tahu perintah kawalan pergerakan yang dah berlanjutan lebih daripada setahun membataskan banyak perkara. Merentas negeri/negara, bersosial semua disekat. Aku pula seorang diri disini tanpa sesiapa. Ada kawan-kawan pun sama je. Bukan boleh melepak. Dan aku sendiri tanpa ada rezeki anak. Memang kami sentiasa berdua selama ni. Bila merentas negara dan negeri tak dibenarkan, aku buntu Aku sunyi.

Kalau sekali dua on call, video call, boleh lagi. Tapi ini dah lebih setahun, hati aku tengah berperang sekarang ni. Dan sebabkan itu, aku berkenalan secara tak sengaja dengan seorang anak ikan dari sosial media. Sosial media mana rasanya tak perlulah aku dedahkan. Anak ikan, seperti semua tahu gelaran untuk budak yang dalam usia muda. Orang kata budak baru nak up lah. Budak ni aku gelarkan dia A.

Umur 22 tahun. Orangnya jambu, kacak, muka ala-ala model yang sangat flawless. Bermula dengan chatting, kami rapat dan mula berbual lebih dari seorang kawan. A tahu aku dah berkahwin tapi dia tak kisah. Jujur, beberapa kali hampir kami berjumpa dan terlanjur, tapi kerana musim sekatan ni, pergerakan sukar. Tapi tak mustahil, lepas perintah kawalan pergerakan ni berakhir, kami rancang untuk berjumpa juga.

Sekarang ni, aku hubungi si A ni,lebih daripada suami sendiri. Tanya khabar, melayan video dia, sweet dengan dia lebih daripada suami sendiri. Salah satu sebabnya mungkin adalah kerana dia dekat banding dengan suami sendiri diluar negara. Dan si A ni pun rajin sangat hubungi aku selalu. Dia pandai sweet talk aku. Aku pun pandai melayan dia. Kira masing-masing tahu apa yang masing-masing nak.

Aku banyak kali juga terfikir yang benda ni salah. Boleh mendatangkan fitnah dan sebagainya, tapi aku tewas. Tewas dalam n4fsu aku sendiri. Bukan sekali, tapi sangat dah banyak kali. Pada yang ingat aku tak fikir sehabis dalam, percayalah. Aku dah buat. Pada yang fikir kenapa aku masih melayan dengan status aku sebagai isteri orang. Percayalah. Aku dah cuba tak melayan. Tapi aku kalah sebabkan kesunyian melampau yang aku rasa. Sekarang ni, aku sampai dah buntu, tak tahu apa nak dibuat kalau aku keluarkan A dari hidup aku. Macam dah tak boleh.

Aku sampai berdoa, janganlah pandermik cvd ni diangkat dari muka bumi ni, sebab aku takut kalau anak ikan aku si A tu tunaikan janji dia nak datang jumpa aku. Satu negeri pulak tu. Semoga aku dijauhkan dari dosa z1na, dosa curaang, menipu, derhaka pada suami dan lain-lain. Aku manusia, kelemahan tu of couse ada. Kalau aku suka buat dosa, aku takkan coretkan kisah aku disini asal aku bahagia dengan anak ikan aku.

Anak ikan aku tu, aku juga berdoa dalam hati agar dia lupakan aku, tolak aku, jangan layani aku, supaya aku sedar tempat aku yang sebetulnya disisi suami. Ini antara reaksi paling win netizen dan juga nasihat paling mantap buat wanita ni.

Pendapat beberapa netizen

Azura. Saya react kat post ni bukan utk TT nye kisah ya, tapi utk suami dia. Bayangkan la suami kerja tu cari nafkah kot, suami TT buat pengorbanan kat situ, janganlah balas cara macam ni Klu suami TT buat mcm ni alasan sbb isteri jauh mcm mana?

Berbakul2 makian kecaman dah sampai keturunan dia kena. Saya respon mcm ni sebab TT takde sebut pun suami dia buruk kat mana, kaki pkul ke, culas nafkah ke, kaki perempuan.

Takde. Cuma suami dia keje jauh. TT klu belum pergi jauh (zina) dgn anak ikan tu, buang la dia SEKARANG sebelum terlambat.

Jangan rosakkan hubungan halal TT hanya nak jaga hubungan HARAM, nauzubillahiminzalik takut pulak baca confession ni.

You can’t have them both, choose wisely Aight daaa ohya, saya juga PJJ seriau baca bbrp confessions mcm ni.

Atikah. Try buat video call dgn husband pulak…nk tunjuk atas bawah kiri kanan, buka aurat pun boleh dgn suami…lain kalau suami dh x nk awak, boleh ajk suami mohon ceraai je di mahkamah.

Anak ikan ni lebih kepada dia nak main2 je, bkn betul nakkan awak, kadang nakkan duit awak, kalau dgn awak pun ank ikan tu boleh sweet talk & buat video bkn2, dgn perempuan2 lain pun dia boleh buat, ramai perempuan lbih muda & hot kt luar sana.

Layankan nafsu ni sampai bila2 x kan habis, keluarlah drp dunia khayalan awak, masuk ke dunia realiti, hidup ni x lama sis, andai esok ditakdir ajal kita kalau sedang bergelumang maksiat, sgtlah rugi.

Athira. Puan, jika buat masa ini puan rasa sangat kesunyian, saya cadangkan puan daftar jadi sukarelawan untuk menjaga peskit cvd di Pusat Kuarantin atau di hspital.

InshaAllah disitu dapat terbit perasaan yang menginsafkan dan pastinya dapat membuatkan puan bersyukur atas nikmat kesihatan dan ‘masa’ yang Allah SWT berikan.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada suami Puan tentang perbuatan puan disini. Amin ya Rabbal Alamin.

Zainarah. Puan, usahakan untuk dekat dengan suami. Solat taubat, beristighfar banyak2. bukak ceramah2 yang buat puan insaf. hayati betul2 doa taubat. bacalah banyak kali sampai lembik menangis pun takpe…

Block delete semua berkaitan anak ikan puan. carilah kisah pasal balasan neraka, Sibukkan diri puan dengan xtvt baru yg lebih berfaedah.

Noe. Ya faham.Bukan mudah mengawal nafsu.Some women need it more than others.Situasi kita sama,tiada anak,suami overseas.Sejak pandemik saya tutup channel TV selain Alhijrah.

Tahajud,Dhuha,solat sunat Lepas/sebelum solat fardu, baca satu Surah setiap kali lepas solat wajib.Penatkan diri dgn ibadat .

Esok pun sama,rutin yg sama.Bila penat,badan tak fikir sgt nak layan nafsu.Saya bukan baik,tapi saya cuba gunakan peluang yg Allah bagi utk perbaiki diri.InsyaAllah