Baru lni, Baby Shima Buat HaI Lagi, KaIi lni Sengaja Pancing Perhatian Menari Dengan LeIaki BerseIuar S3ksi

Nampaknya penyanyi wanita, Baby Shima sepertinya sengaja memancing perhatian netizen apabila sekali lagi memuat naik sedutan muzik video lagu terbarunya dengan menampilkan beberapa penari lelaki yang memakai hot pants.

Joget2 mengghairahkan

Para penari lelaki itu juga dilihat menggoyang-goyangkan punggung serta melakukan gerakan agak ghairah yang pasti bertentangan dengan peribadi masyarakat kita.

Kalah penari Aliff Syukri tak?

Dalam kapsyen yang disertakan, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli sempat bertanya sama ada penari-penarinya boleh mengalahkan penari lagu raya Dato’ Seri Aliff Syukri atau tidak yang pernah juga mencipta kontroversi sebelum ini.

Walaupun penari-penari dalam keratan video ringkas itu memperlihatkan mereka memakai seluar tights nipis sebelum memakai hot pants, ia tetap juga seakan mendedahkan kaki kerana warna seluar yang digunakan sama seperti warna kulit.

Tutup ruangan komen

Namun begitu, Baby Shima mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen selepas memuat naik video tersebut mungkin bimbang dikecam netizen tempatan. Lebih-lebih lagi apabila muzik video berkenaan dikatakan untuk pasaran Indonesia.

Akan tetapi, menerusi muzik video tersebut, tiada langsung adegan penari berseluar pendek itu. Mungkin apa yang dikongsikan penyanyi tersebut di media sosial sekadar mencetuskan rasa ingin tahu netizen terhadap muzik video lagu barunya di saluran YouTube.

Perkara-perkara kontroversi ini sememangnya tidak asing lagi terhadap Baby Shima. Boleh kata hampir setiap bulan ada sahaja cerita berkenaan dirinya bersifat negatif dan menerima teguran dari pelbagai pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Ig Baby Shima/achikdia.com