Baru lni LeIaki Yang D4kwa Lagu Sesuci Lebaran T0ksik, Akhirnya Terima P4dah Dik3cam Ntizen, Hanya Kerana Guna Perkataan lni

Lagu raya Adidilfitri Sesuci Lebaran dendangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi ini pasti akan didendangkan dan menjadi siulan orang ramai dekat musim perayaan ini.

Dah hampir 2 dekad umur lagu ini, tiba-tiba ada pula orang nak pertikaikan lirik lagunya dan menyifatkan ia sebagai sebuah lagu yang toksik dekat zaman-zaman TikTok ni.

“Hina sangat ke jadi miskin?”

Satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok membuat tanggapan sedemikian di garisan lirik bantulah miskin hina, dia mempersoalkan bahawa adakah hina menjadi seorang yang miskin.

Video tersebut telah mendapat tumpuan netizen dan sekaligus telah mengundang kecaman di Twitter. Ini kerana ayat ‘miskin hina’ itu bukanlah membawa maksud menghina golongan yang serba kekurangan, tetapi ayat ini ada membawa maksud tersendiri.

Bukan itu sahaja, perkataan itu ada tertulis di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan dengan maksud ‘hina’.

Mungkin ia hanya sekadar hiburan untuk tatapan kita atau mungkin dia betul-betul tak tahu apa maksud yang ada. Ya lah, dulu kan bahasa agak kasar, dia ingat macam tu lah kot. Husnuzon bulan-bulan puasa ni.

Antara pendapat netizen:

“Benda ni simple ja, budak tiktok hati tisu, baru kena panggil hina mula menggelabah tetek, tu lagu dah 20 tahun lah, orang dulu2 rilek saja pun, masuk zaman budak tiktok, semua benda nak koyak,…aku nak maki ni, tapi sabarr..” – Zamir

“ni la dia bila dah belajar pandai².. sampai rasa diri dia je yang paling pandai.. budak tadika pun paham maksd lagu tu bro..” – Sham

“Alahaii bnde ni pun nk kecoh..elok je Aku yg miskin ni nyayi lagu ni Dr kecik smpai besar X de rase terhina pun..ade2 je Cari jalan nk famous.” – Azie

Tonton Video:

Sumber: LobakMerah, Twitter