Baru Tahu Langit Tinggi Ke Rendah, Balu Abam Minta Ali Puteh Tidak Lengah Bayar Ganti Rugi

Balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah berharap agar pelawak Ali Puteh tidak melengah-lengahkan lagi urusan pembayaran yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

Bersyukur keputusan rayuan mahkamah berhubung ganti rugi itu memihak kepadanya, Hidayah atau Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 31, bagaimanapun meminta adik iparnya itu patuh dengan perintah berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga memihak kepada saya.

Hidayah menang saman terhadap Ali Puteh.

“Semoga pihak disana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang ditetapkan,” katanya.

Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4, dapat meneruskan kehidupan lebih baik selepas ini.

Malah, dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka berdua.

“Semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini.

“Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah,” ujarnya.

Sebelum ini, Hidayah mengemukakan saman terhadap Ali atas dakwaan perkongsian pelawak itu di laman sosial telah menjatuhkan maruahnya.

Hidayah bersama anaknya, Hamzah.

Antara perkongsian tersebut adalah menggambarkan Hidayah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.

Pada 18 Februari tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan tuntutan saman Hidayah terhadap Ali.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, bagaimanapun gagal dalam rayuan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung ganti rugi sebanyak RM60,000 itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar/achikdia,com