Bini Selalu Mengadu Dibuli Bukan2, Tapi Aku Xbackup Pun, Satu Hari Aku Terkejut Bila Ternampak Sendiri Apa Yg Mak Tengah Buat Kat Bini

Saja aku kongsikan kisah ini kerana baru-baru ni apabila PM menyatakan kita mungkin tidak akan beraya, secara spontan isteriku memberikan respond, ‘Ayang ok je kalau tak raya, kalau raya pun selalu penuh drama je’. Aku sebenarnya terkedu dengan apa yang diperkatakan oleh isteriku.

Berhari-hari rasanya tidak tidur kerana kata-kata itu terngiang-ngiang ditelingaku. Aku mulakan dengan kisah kami. Aku berkahwin dengan isteriku atas pilihan sendiri.

Tiada halangan dari ibu mahupun keluarga. Kini usia perkahwinan sudah pun 12 tahun dan kami masih belum punya cahaya mata. Untuk pengetahuan pembaca, isteriku adalah ‘lebih’ dari semua segi berbanding aku. Baik pendidikan, kerjaya mahupun pendapatan.

Untuk menjelaskan part ni, gaji isteriku adalah lebih 4 kali dari gaji aku. Diawal perkahwinan, aku nampak semua effort yang dilalukan oleh isteriku untuk mengambil hati ibu dan adik-beradik. Kalau ada birthday sesiapa dia selalu belikan kek.

Untuk ibu pula selalu dia selalu menghantar kiriman barang secara online. Kami tinggal berasingan dengan keluarga. Isteriku ini rajin orangnya, dari perihal menjaga rumah, masak dan even menjaga aku. Perfect. Tidak ada yang kurang.

Malah setiap kali selepas solat dan sebelum tidur, pasti dia akan memohon maaf walaupun aku tak pasti apa dosanya. Cuma, 4-5 tahun kebelakang ini banyak benda tak kena. Setiap kali balik kerumah ibuku, ada je luahan rasa terhadap ibu mahupun adik-beradik yang lain.

Namun respond aku biasalah ‘Abang tak nampak pun’. Memang aku tak nampak dan tak pernah dengar apa-apa. Isteriku kata semuanya berlaku bila aku keluar ke kedai atau berjumpa kawan-kawan. Dari sejak hari aku tidak mengendahkan cerita isteriku itu, dia ‘jarang’ sangat mengadu.

Aku kira semuanya dah selesai. Sehinggalah suatu hari, aku keluar nak berjumpa kawan. Tapi aku tertinggal wallet. Aku patah balik, aku dengar ibu sedang marah isteriku. Tinggi suaranya. Aku terkejut. Betullah seperti apa yang isteriku adukan. Sejak dari hari itu, aku mula membuka mata dan memasang telinga.

Ye semua benda tak kena. Kakakku bila bercakap selalu perl1 isteriku. Terutamanya soal anak. Sedih sangat aku rasa. Ibu pula pernah bertanya kepada isteriku kain baju raya beli di mana. Bila isteri aku bercerita dimana tempat dia beli, ibukan akan jawab ‘yelah ibu tak mampu’.

Aku jadi pelik. Ibu yang tanya, kemudian jawapan itu di twist seolah isteriku nak tunjuk lagak. Ni aku dengar sendiri ketika isteri sedang menolong ibu masak di dapur. Kalau raya memang penuh drama, ibu tak suka aku balik beraya dirumah mertuaku.

Kalau tiba giliran disana, ibu mesti call aku minta aku balik cepat dengan pelbagai alasan. Kalau gilirannya di rumah ibu, memang susah ibu nak lepaskan kami balik kesebelah sana. Malah semua masakan isteriku menjadi salah. Ada sahaja terlebih dan terkurang.

Actually bila aku makan, taklah seperti yang mereka perkatakan. Sekarang ni aku cuma mampu melarang isteriku masak di rumah ibu. Aku dah tak sanggup nak dengar kata-kata mereka. Apa ibu nak semua aku dah cuba penuhi. Ibu aku rajin melancong, aku sponsor. Ibu nak beli pekakas elektrik aku belikan.

Kadang-kadang, ada bahagian yang isteriku tambah duit. Ibu tak boleh nampak sesuatu yang baru dalam rumah aku. Pasti ibu akan lahirkan keinginannya. Korang tahu apa respond isteriku bila tiap kali ibu meminta itu dan ini. Dia akan cakap ‘abang belikanlah ibu barang tu.

Kalau tak sekarang bila lagi. Ibu dah tua, abang kena gembirakan hati ibu. Abang tak cukup duit abg cakap, ayang tambahkan’. Aduh berkaca mata aku masa aku menulis ni. Baikkan isteri aku. Malam tadi aku confess dengan isteriku.

Kebetulan aku baru sahaja menghadiakan rantai emas buat ibuku sebelum PKP. Untuk pengetahuan semua, seperti biasa isteriku chip in. Aku mulakan perbualan dengan bertanya tentang cukupkah nafkah yang aku bagi. Isteriku jawab ‘Cukup sangat Abang, abang dah bagi lebih dari sepatutnya. Duit tu Ayang simpan dalam tabung haji’.

Aku cakap, aku jarang belikan isteriku dengan benda-benda yang mewah-mewah dan kebanyakan benda semua dibeli duitnya sendiri. Dan jawapannya ‘Abang, nafkah abang terhadap Ayang yang wajib dah abang tunaikan. Tak ada kurang pun.

Bila abang dah mampu nanti abang belikanlah. Buat masa ni Insyaallah semuanya cukup. Lagi pun ada juga benda yang Ayang nak, Abang dah belikan. Benda-benda tu cuma hadiah je kan, bukannya wajib’. Aku menangis depan isteriku.

Bagaimanalah mak dia mendidik isteriku sehingga sebegitu baik dia bertolak ansur. Dan Aku teruskan bertanya pada isteriku, kenapa dia masih baik dengan ibuku sedangkan banyak benda yang telah ibuku buat. Sambil senyum isteriku kata ‘Kerana dia ibu abang, kalau dia ibu jiran sebelah dah lama Ayang m4ki dia’. Sambil isteriku gelak dan buat lawak.

‘Ayang perlukan doa ibu abang. Redha ibu pada abang, adalah kebahagiaan kita. Abang berbaktilah kepada ibu abang. Ayang pun tak tau apa salah Ayang pada keluarga abang. Kitakan manusia biasa. Mesti ada silap. Sebenarnya Ayang takut mana tau Ayang pernah tersilap terbawa-bawa sikap seorang boss ketika bersama adik beradik abang yang buat mereka rasa annoyed.

Abang pun tau memegang jawatan besar ni menjadikan Ayang sangat tegas. Namun Ayang dah cuba kawal sikap tu bila berada di luar office. Ayang pun tak boleh paksa semua orang suka pada Ayang. Ayang dah tak mampu buat baik dengan keluarga abang. Tapi Ayang tak boleh biar abang derhaka pada ibu abang.

Yelah mana kita tau kan, mungkin ada salah Ayang kot. Yang penting Ayang tau, Ayang dah jaga abang dengan baik.’ Dan senyuman isteriku masih terukir. Allahu. Isteriku mencari salah sendiri. Aku tak pasti adakah isteriku tidak mahu berkongsi dengan aku perasaannya kerana dia sudah tawar hati, atau kerana 12 tahun ini dah cukup mematangkannya.

Namun setiap bait ucapannya memang menyentuh hati. Buat suami-suami di luar sana. Jika ada isteri-isteri terkurung dalam bilik bila di rumah ibu kita, mula jadi pendiam bila bersama keluarga kita, mula luahkan rasa, mula jadi tak kena, kita perlu membuka mata, memasang telinga.

Keluarga kita adalah daging kita tapi mereka juga ‘manusia biasa’. Buat isteriku (dia suka baca IIUM confession juga), ketahuilah, abang faham perasaan ayang, abang sangat tersepit dan bertul-betul rasa bersalah. Terima kasih kerana menjadikan abang suami yang hebat dan anak yang soleh.

Abang akan selalu doakan Ayang mendapat syurga Firdausi seperti yang Ayang idam-idamkan. Dan aku mohon kepada pembaca sekalian, doakan aku kuat menghadapi ibuku, tidak derhaka padanya, dan moga Allah kekalkan hati isteriku untuk terus menyangi aku kerana aku ingin sekali kesyurga bersamanya. – Aku yang menyintaimu (Bukan nama sebenar)

Ini pula kisah kedua yg lebih mendebarkan : Mertua VS Menantu. Hye, Assalamualaikum semua, Saya ada terbaca confession seseorang nama nya Liya. Berkenaan dengan buat baik dan cuba ambil hati ibu mertua pun, tetap tak diterima baik juga, dan anggap menantu tu masih seperti orang luar.

Ceritanya hampir sama yang berlaku dengan saya juga, bezanya saya dah berkahwin hampir 10 tahun, Walaupun dah lama jadi menantu dalam keluarga suami, saya masih juga rasa kekok dengan ibu mertua saya.

Masa awal perkahwinan, saya jangka, mertua dan saya akan jadi sangat akrab. Sebab ibu mertua saya pernah kata, anggap sahaja dia ibu saya, sebab ibu dan ayah saya dah tiada.

Bila setahun dua jadi menantu dalam keluarga suami, baru lah nampak warna sebenar kehidupan dengan keluarga suami, apa yang diangan kan tak seindah yang saya fikir.

Saya pelik dengan ibu mertua saya, Saat ketiadaan anak-anak dia yang lain di rumah, hanya ada saya dan suami saja, dia layan saya dengan sangat mesra, berbual macam-macam, cakap baik – baik dengan saya. Bila ada beli apa-apa makanan, dia akan panggil saya ajak makan sekali.

Tapi bila anak-anak dia semua ada, dia layan saya dingin saja. Terus tak tanya-tanya dah makan ke belum, tu belum lagi saya tengah makan, tiba-tiba dia tegur,

Jangan habiskan tinggalkan orang belakang, sedangkan orang lain semua pun dah makan, dan saya takde lah makan banyak mana pun. Cara dia tegur tu dengan nada sinis tau. Kadang-kadang nampak air muka dia macam tak suka saja saya duduk makan.

Sejak kejadian tengah makan ditegur tu, tiap kali balik kampung suami, saya jarang makan dekat rumah mertua, kadang suami tanya saya dengan anak-anak dah makan ke, saya jawab dah walaupun sebenarnya belum.

Saya cuma bagi anak-anak saja makan. Saya akan ajak suami keluar pergi kedai, saya akan beli roti dan biskut-biskut, simpan dalam bilik, malam semua dah lena baru saya makan roti buat alas perut (dah bertahun saya masih buat macam ni, dan suami tak pernah tau)

Bila duduk dapur pula, bila tanya ada apa-apa boleh tolong tak, ibu mertua kata siap dah semua, tak perlu susah-susah lah, balik jauh-jauh penat, berehat saja. Kalau tolong pulak, buat itu ini salah, potong macam tu salah, serba serbi tak kena pada mata dia.

Kami sekeluarga jarang sangat balik kampung, bila dah lama tak balik, ibu mertua bising, cakap macam-macam, kata rindu cucu-cucu lah apa semua. Dah lupa orang tua ke, hmm. .

Tapi bila balik, kami macam tetamu tak diundang pula, saya betul-betul tak faham, bila tak balik kata rindu, bila balik macam tak suka pulak. Ibu mertua saya bukan nak pegang main pun anak saya, Selalu dia akan pegang anak kakak ipar atau adik ipar saya saja.

Itu belum lagi semua anak-anak dia balik berkumpul, kami akan di bagi bilik stor untuk tidur, walaupun kami yang paling awal dulu balik, Ibu mertua akan kata, bilik-bilik yang ada semua dah sedia untuk anak-anak dia yang lain,

walhal suami saya anak yang lebih tua, mungkin dia lebihkan anak dan menantu dia yang lain yang kaya dan bekerjaya, kami ni anak menantu biasa-biasa saja, tambah pula saya hanya suri rumah sepenuh masa yang jaga anak-anak saja,

Walaupun 2, 3 hari lagi baru anak dia yang lain tu balik, sanggup dibiarkan kosong saja bilik-bilik tu. Saya tak pernah tanya pun suami, tak pernah terasa hati ke isteri dengan anak-anak dia dapat layanan hambar macam tu dengan ibu dia. Tapi saya tau, suami saya terasa bila tengok air muka dia,

Ada juga dia tanya, tak mengapa ke saya dengan anak-anak tidur dekat bilik stor yang lembab dan berbau. Saya jawab okay saja janji ada bilik sebab saya segan tidur dekat ruang tamu, lagi pula saya menyusu kan anak yang masih baby. Susah nak jaga aurat nanti. Tak mengapa lah bilik stor pun.

Pernah juga saya terasa hati sampai menangis saya, terasa sangat seperti orang luar. Layanan ibu mertua dengan keluarga saya berubah-ubah. Saya pun tak faham kenapa. Bila layanan kurang baik yang saya dapat dengan ibu mertua saya, saya memilih untuk menjadi seorang yang pendiam bila dirumah mertua.

Saya akan buat hal saya, jadi diri saya sendiri saja, sepatah yang ditanya, sepatah lah saya jawab. Dah tak risau atau ambil pusing akan segala hal dan layanan kurang menyenangkan yang saya dan keluarga saya terima.

Saya terima apa saja layanan, dan saya hormat Ibu mertua saya, cuma yang pasti Ibu mertua tak kan pernah sama seperti Ibu sendiri yang melahirkan kita.

Kata-kata ibu mertua dulu yang dia sayang menantu perempuan sama macam sayang anak sendiri, itu semua kata-kata dibibir saja, hakikatnya tidaklah sama seperti yang diungkapkan. Tapi saya selalu pesan pada suami, jangan lupa tanggungjawab dia pada Ibu Ayah dia,

Dulu suami selalu tinggi suara bila bercakap dengan ibu dia, saya selalu marahkan suami, berdosa cakap tinggi suara dengan ibu, lama kelamaan suami saya dah tak macam tu, cakap m4kin lembut dengan ibu dia, Alhamdulillah..

Betul apa yang confessor nama Liya sebelum ni kata, Jaga saja keluarga kita. Jangan terlalu ambil hati. Yang ada ibu mertua tersangat baik tu, Alhamdulillah Syukur…. Apapun jalankan tanggungjawab kita supaya hormat dengan orang tua, tak kira siapa pun.

Bahagia dengan cara kita.– Kyra (Bukan nama sebenar).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: krt