
Sebelum ini viral di media sosial kisah pempengaruh Nor Sufia Johari atau mesra disapa Cik Pia yang sukar mendaftarkan anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana suami didakwa tak beri kerjasama.
Cik Pia juga mendakwa digantung tak bertali selain tidak diberikan nafkah yang sepatutnya oleh suami.
Terbaru, viral pula video di Twitter memaparkan si suami dikenali sebagai Bosskay melafazkan cerai terhadap Cik Pia yang didakwa berlaku ketika sesi langsung TikTok.
Dalam rakaman itu, Bosskay dilihat turut mengucapkan selamat hari jadi selepas lafaz talak.
Tindakan itu ternyata mengundang kritikan netizen di mana mereka merasakan perbuatan itu seolah-olah tak menghormati isteri.
Terbaru, Bosskay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee menerusi laporan mStar berkata, video lafaz cerai itu bukanlah dibuat di live TikTok sebaliknya rakaman untuk tujuan peribadi mereka berdua sahaja.
Saya hantar secara peribadi. Lafaz dibuat pada 12 Mac dan video itu dirakam 10 saat sahaja.
Bosskay juga menafikan dakwaan sengaja menularkan video itu sebaliknya dia menghantar ke Whatsapp Cik Pia untuk rujukan pihak sana.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: Twitter twtbiy/mStar/achikdia.com