Contoh Tak Baik, Kak KM Dan Anak Perempvan Undang Kec4man Netizen Kerana Bvat Vide0 J0get Tahun Baru

Setiap hantaran di media sosial Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM seringkali mencetuskan kontroversi dan pelbagai reaksi netizen.

Ucapan Tahun Baru

Terbaru di Instagram miliknya, Kak KM ada memuat naik satu video bersama anaknya dan memberikan ucapan selamat datang 2023.

Dalam video tersebut, kelihatan Kak KM berjogek dengan cara menunjukkan aksi yang kurang disenangi oleh netizen.

Dilakukan Bersama Anak

Bukan itu saja, video tersebut dilakukan dihadapan anak perempuannya dan aksi tarian Kak KM disambut oleh anaknya itu.

Anaknya kelihatan seronok menari dengan gaya yang kurang sopan dan dilihat agak keterlaluan bagi remaja yang berumur sebaya denggannya.

Mendapat Reaksi Netizen

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-ratanya mengecam dengan tarian yang ditunjukkan oleh Kak KM.

Malah ada juga yang menyatakan bahawa kedua-dua Kak KM dan anaknya itu melakukakn tarian yang tidak senonoh.

Dalam pada itu, selain kecaman dari netizen, masih ramai lagi yang mendoakan agar Kak KM diberikan hidayah dan petunjuk oleh tuhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: murai/achikdia.com