Cvti Raya Baru Ni Suami 24 Jam Dengan Telefon, Aku Check Hp Suami Senyap2 Tapi Tiada Apa2, Tapi Allah Nak Tunjuk Juga Aku Terjumpa Sesuatu

Gambar Sekadar Hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya confession ni disiarkan. Nama aku Kekwa. Ya bunga Kekwa. Umurku hujung 20-an. Berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.

Tujuan aku menulis ni sekadar ingin meluahkan & meminta nasihat bagi memulihkan suasana dalam rumahtanggaku kini.

Sebelum aku pergi kepada tajuk, izinkan aku bercerita sedikit mengenai aku & suamiku. Kami berkahwin dah 7 tahun lebih.

Suami yang aku kenal ni bagi aku serba serbi la hellokkk kat mata aku ni. Agama ada, peribadi pun helok, rupa pun ok la tak malu nak bawak berjalan. Kiranya sedap la kat mata aku.

Suami aku ni dia suka tengok telefon. Dulu awal-awal2 kahwin kurang dia tengok. Tapi sejak ada anak, makin kerap dia berkepit dengan telefon tu.

Aku pulak sejenis yang pantang orang tengok telefon lama-lama. Memang terus aku akan tegur suruh letak telefon tu. Bila aku tegur, dia letak la telefon. Lepastu tengok pulak tv.

Bukannya nak layan anak tu main. Aku pulak nak kena bagi idea nak main apa dengan anak tu. Bila aku sibuk mengemas ke memasak ke, memang terbiar la anak aku dok main sorang2. Yang bapak dia pulak tak tengok telefon, dia tengok tv. Jenuh tegur. Berbuih dah mulut.

Awal tahun ni makin laa tak berenggang dia dengan telefon. Sejak dapat telefon baru dari company yang latest version punya lagi la susah nk tinggal telefon. Sambil drive pun dia nak tengok telefon.

Yang ni pun aku pantang jugak sambil drive nak tengok telefon. Selalu dah aku tegur dalam kereta tu. Hangin jugak benda yang sama saja kena tegur.

Lepas tu suami aku ni suka tidur lambat. Aku ajar anak aku pukul 10 dah kena masuk bilik. Tapi dia tak, dok tercongok kat sofa tu sampai pukul 11 12 baru masuk bilik.

Aku selalu ajak dia masuk tidur awal, tapi dia takmau sebab tak mengantuk lagi. Bila aku berkeras suruh masuk jugak bilik, ehh elok saja tidur berdengkur. Letak kepala terus hilang.

Selalu aku tanya suami aku apa yang ada kat telefon tu sampai tak boleh berenggang. Dia “hmm” kan saja aku. Lock telefon lepastu tengok tv.

Bila dia tidur lewat aku bising lagi tanya kenapa suka tidur lewat? Dok tengok apa kat telefon dengan tv tu. Lagi sekali dia “hmm” kan aku. Takdenya nak bagi jawapan panjang2.

Sebab aku pelik apa yang dia tengok sangat kat telefon tu, hari-hari aku cek telefon dia. Aku bukak whatsapp & call log. Tu saja la hari-hari aku cek pun. Tu pun time dia mandi sebab masatu saja dia tinggal telefon.

Cuti raya baru ni aku rasa 24 jam dia dengan telefon. Bagi aku baik tak payah cuti kalau setakat nk duduk rumah tengok telefon dengan tv saja. Kesian anak aku weh. Aku dah la baru habis pantang. Memang dah kurang la masa aku dengan anak yang sulong.

Bila aku tengok dia asyik dengan telefon saja, aku up status kat Whatsapp pasal dok tengok telefon ni. Memang dia terasa la lepastu mai minta maaf kat aku sebab leka tengok telefon. Aku diam saja.

Jenis aku kalau dah marah sangat memang aku akan diam. Dah takda perkataan nak aku bebelkan.

Petang tu dia bawak anak kami keluar pusing taman. Mungkin Allah nak tunjuk, suami aku ni tertinggal telefon dia. Dan juga Allah bagi aku idea untuk cek google history & youtube dia.

Masa ni la aku tau rahsia dia dengan telefon yang selama ni tak boleh berpisah tu. Rupanya suami aku banyak tengok web yang ada perempuan s3ksi & b0gel. Allah.

Speechless aku weyy. Kecewa. Jantung aku macam berhenti berdegup. Serius aku tak sangka suami aku tengok benda2 tu. Aku tak sanggup nak scroll lagi dalam history tu.

Mungkin akan ada orang kata, normal la lelaki tengok benda tu. TAK WEYY TAKKK! Benda haram kenapa nk kena normalkan??

Lepastu start la perang dingin aku dengan suami. Memang aku tak bercakap sepatah. Pun dengan dia. Tengok muka pun aku tak boleh weyy. Aku macam terbayang apa yang dia tengok.

Tapi masa ni dia ingat aku marah tak habis lagi sebab dia dok tengok telefon. Dia tak tau yang aku dah jumpa benda lain.

Esok tu aku up lagi status Whatsapp. Kalini aku private status aku untuk dia saja tengok. Aku up pasal hukum tengok benda2 tu, aku tulis yang aku kecewa dengan orang yang aku sangat2 percaya selama ni. Macam2 lagi status aku pasal dia.

Lepastu apa lagi. Mintak maaf la macam biasa. Dan dia mengaku dia tengok benda tu. Hmm ntah la weyy. Aku sampai sekarang tak tau nak react macam mana.

Depan anak, kami macam biasa saja. Tapi hakikatnya aku dah tak bercakap dengan dia. Tah la korang. Aku tak tau la apa yang aku rasa. Aku tak boleh la tengok muka dia. Aku terbayang apa yang dia tengok tu.

Macam mana eh nak buat. Tolong aku please. Aku pun bukannya baik mana. Tapi aku tak boleh terima yang dia tengok benda2 tu. Sejak bila & dah berapa lama dia tengok hanya Allah saja yang tau.

Kalau ada yang suruh suami aku pegi surau berjemaah ke memang tu rutin dia. Banyak baca quran pun dia baca jugak.

Aku pun banyak saja beli baju s3ksi meksi untuk pakai depan dia. Tapi bila ada anak, ada yang tak sesuai aku pakai dah. Aku pun habis saja pantang terus exercise. Nak jaga badan untuk sedapkan mata dia.

Tapi tak sangka benda lain jugak dia cari. Sedih pedih weyy. Mana lagi yang tak kena. Hmm tu saja la aku nak luah.

Terima kasih sudi baca dan mohon doakan suami aku tinggalkan benda tu dan aku boleh lupakan apa yang dia tengok supaya kami kembali macam biasa.

– Kekwa (Bukan nama sebenar)