Dah Bayar RM74,000, Pertvduhan Amang S3ksuaI Ke-11, Kini Cik Man Rayv Supaya Wang Jaminan Dikurangkan

Pendakwah bebas PU Azman sekali lagi naik mahkamah hari ini berdepan pertuduhan ke-11 melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki bawah umur.

Bagaikan episod drama, kes dihadapinya kian memuncak tatkala seorang demi seorang tampil mendakwa diri mereka menjadi mangsa dan rata-ratanya masih belasan tahun.

Kali ini, dia sekali lagi dituduh melakukan perbuatan tersebut ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada September 2017 di sebuah inap desa di Jalan Kebun, Shah Alam.

Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man didakwa mengikut Seksyen 14 9a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Sebelum ini Azman pernah dituduh melakukan kesalahan sama di beberapa mahkamah berasingan iaitu di Klang, Seremban dan Ampang.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan lain-lain saksi pendakwaan.

Namun peguam tertuduh, Fahmi Adilah membuat permohonan jaminan minimum atas faktor tertuduh tidak mempunyai pekerjaan ketika ini sebaik siasatan dilakukan terhadapnya sejak September lalu.

Setakat ini kata Fahmi, anak guamnya sudah membayar jaminan keseluruhan berjumlah RM74,000 bagi semua pertuduhan di tiga mahkamah berbeza.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi kes serta melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Januari depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: BOOM/achikdia.com