Dato Vida Minta N3tizen Anggap MV Muah Rayanya Hanya Sebagai Satu Bentuk Hiburan Bukan Promosi LGBT

Usahawan kosmetik, Hamiza Othman, berharap orang ramai berhenti mencari salah dan mengecam dirinya.

Selepas beliau terpalit dengan kontroversi video muzik (MV) yang disifatkan mencemar Hari Raya kerana didakwa mempromosikan LGBT, menurut Malaysiakini.

Sebaliknya, Hamiza – atau lebih dikenali sebagai Vida – berkata orang ramai sepatutnya melihat apa yang dilakukan dalam MV Muah Muah Raya itu sebagai satu bentuk hiburan.

“Selepas insiden yang berlaku kepada Aliff Syukri, yang dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dn Multimedia (SKMM), saya memang tidak promosikan MV raya secara agresif sebab bimbang perkara sama berlaku”

“Tetapi tidak sangka masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan membuat aduan sedangkan saya sendiri sudah nyatakan apa yang buruk jadikan teladan dan baik jadikan sempadan dalam MV terbabit,” katanya kepada Malaysiakini.

Cik Vida hadir memberi keterangan di ibu pejabat SKMM selama empat jam pada Jumaat (15 Mei).

Awal dari itu, beliau dihimpit kontroversi apabila tampil dengan Muah Muah Raya yang dianggap mencemar kesucian agama Islam.

MV terbabit memaparkan kumpulan penari ‘drag queen’ iaitu lelaki berpakaian persis perempuan, sekali gus mencetuskan kritikan yang beliau cuba mempromosikan unsur LGBT.

Cik Vida berkata beliau sudah memberikan kerjasama yang baik sepanjang empat jam disoal siasat pegawai.

“Macam-macam soalan ditanya sepanjang empat jam memberi keterangan di SKMM. Ia bukan satu proses yang mudah namun saya harungi dengan penuh sabar dan positif”

“Jujurnya, saya sangat tertekan. Kenapa isu sebegini diperbesarkan segelintir pihak sedangkan saya tidak pernah terfikir nak mempromosikan elemen LGBT,” katanya seperti ditukil Malaysiakini sambil menambah beliau hanya mahu memberi kelainan dan hiburan kepada orang ramai.

Video:

Sumber : Aberita/Achikdia