Makin panas! Ebit Lew akui ada bukti tepis tuduhan Nadir, Caprice… kalau tak balas akan menjadi-jadi!

Makin panas! Ebit Lew akui ada bukti tepis tuduhan Nadir, Caprice… kalau tak balas akan menjadi-jadi – “Isteri, anak menangis macam saya ada kes besar”

EPISOD kemelut membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew melibatkan misi kemanusiaannya ke Gaz.a semakin panas!

Selepas pendedahan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman awal hari ini, Ebit kemudian tampil membuat lap.oran pol.is pada petang Rabu.

Menerusi sidang media selepas selesai membuat laporan po.lis, Ebit tampil menafikan kesemua dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

“Wallahi semua tuduhan tak benar, tak betul dan memang fi.tnah semata-mata. Saya ada bukti untuk semua itu, sepatutnya orang yang menuduh keluarkan bukti, tapi tak apa biar saya yang keluarkan bukti walaupun saya kena tuduh,” demikian kata Ebit.

Tambah penda.kwah ini lagi, dia enggan membalas atau mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana tidak mahu isu berkenaan berpanjangan.

“Semenjak dari Mesir lagi, macam-macam ujian, tekanan yang datang. Tapi saya macam biasalah. Saya tahu kalau saya balas, akan menjadi-jadi. Saya dah lama diam dan tak cakap apa-apa.

“Tapi semenjak dua menjak ini, (keluar kenyataan) daripada Caprice dan hari ini Nadir, viral tentang saya. Kalau tentang saya, saya ok saja sebab dari kecil dah biasa tapi bila anak isteri menangis tanya kenapa… macam saya ada kes besar.

“Kalau boleh saya tak nak balas. Dari awal saya tak keluarkan apa-apa. Tapi hari ini saya ke balai membuat laporan sebab ia sangat mengganggu dan menyedihkan.

“Daripada awal ar.wah ayah saya tahu ini, dia pun sedih dan kecewa, anak, isteri saya dan isteri-isteri team saya. Saya nak menafikan semua dakwaan dan tuduhan ini, sekelip mata sahaja saya boleh jawab semua sekali. Wallahi semua tak ada,” ujarnya.


Ebit menyangkal semua kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh Caprice dan Nadir Al-Nuri.

Ebit juga tampil menjelaskan bahawa misi tersebut dilaksanakan di atas biayanya sendiri dan tidak pernah membuka sebarang tabung untuk tujuan berkenaan.

Dalam masa yang sama pendakwah ini memaklumkan akan menjawab segala tuduhan terhadapnya secara terperinci esok.

Terdahulu, Ebit tiba kira-kira pukul 6.15 petang di IPD Dang W.angi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis.

Pendak.wah itu turut ditemani peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican.

Saya nak menafikan semua dakwaan dan tuduhan ini, sekelip mata sahaja saya boleh jawab semua sekali. Wallahi semua tak ada.

Sementara itu, Hasnal berkata kenyataan Ebit dirakam oleh pihak polis dalam masa terdekat.

Tambah Hasnal, tindakan peru.ndangan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terus membuat pelbagai dakwaan terhadap anak gua.mnya.

“Kita akan tinjau dalam pelbagai platform yang ada. Kalau mereka masih tegar memperkatakan isu ini, akhirnya kita akan juruskan kepada defendan yang benar-benar mahu satu forum berlangsung di mahkamah. Jadi kita akan seret mereka untuk hadapi proses undang-undang.

“Yang dah minta maaf itu, pertimbangan us.taz sendiri pun beliau tak mahu panjangkan isu ini,” ujarnya.

Untuk rekod, kisah misi ke Ga.za oleh Ebit mulai panas selepas penyanyi rap, Caprice tampil membuat pendedahan baru-baru ini, namu dia sudah membuat permohonan maaf pada Selasa.

Misi kemanusiaan oleh team Ebit ke Ga.za mulai panas selepas pendedahan Caprice.

Terbaharu awal hari ini pula, Nadir yang juga seorang rakyat Malaysia yang menetap di Ga.za tampil membuat pendedahan mengenai cara team Ebit ketika menyalurkan bantuan di kawasan bergolak itu.

Dalam satu kenyataan panjang lebar, Nadir berkata pendedahan tersebut adalah sebagai teguran ‘kasih-sayang’ dan bukannya kerana iri kepada pendakwah berkenaan.

Caprice sebelum ini juga memaklumkan akan membuat pendedahan ‘mengejutkan’ melibatkan misi kemanusiaan Ebit dalam Instagram miliknya secara langsung pada Rabu.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, Caprice memaklumkan sesi live yang pada awalnya dijangka dilakukan malam ini, terp.aksa dibatalkan.

sumber: mstar