Gadis D3rita Guna Prodvk lni Mengandvngi Merkuri, Terkejvt BiIa Dengar Apa Kata Dr Pakar

Lelaki mahupun wanita pastinya memasang impian untuk memiliki wajah putih mulus dan berseri-seri.

Disebabkan keinginan yang melampau itu, ada yang sanggup mengambil jalan mudah dengan menggunakan produk ‘timbang kilo’ atau keluaran pengilang peralatan asli (OEM) yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Seperti Nur Alya Afiqah Abd Ghaniy, dia menggunakan salah satu produk OEM yang terkenal dalam kalangan remaja seusianya bagi mendapatkan kulit cerah.

Memulakan ceritanya kepada mStar, ujar anak gadis berusia 20 tahun itu, dia mengetahui kewujudan produk berkenaan daripada salah seorang rakan sekolah.

“Semasa di tingkatan 2, saya melihat seorang rakan yang mempunyai kulit wajah biasa tiba-tiba nampak glowing dan putih”

“Jadi saya pun teringin untuk memiliki kulit wajah sepertinya walaupun pada masa itu, muka saya tak ada jerawat… hanya berkulit gelap,” luahnya yang kemudian diperkenalkan dengan produk tersebut.

Untuk rekod OEM atau original equipment manufacturer adalah terma yang digunakan terhadap pengeluar produk tanpa jenama.

Ia mengeluarkan produk dalam kuantiti yang besar dan banyak kepada pengusaha lain yang tiada kilang, namun ada jenama sendiri.

Mengakui berasa gembira kerana berjaya mendapatkan kulit idaman dalam tempoh hanya dua minggu selepas menggunakannya, Alya bagaimanapun terkejut apabila dia dimaklumkan produk tersebut mengandungi merkuri.

Malah sekitar 2019, KKM telah menyenaraikan produk berkenaan di bawah kosmetik yang mengandungi racun berjadual, merkuri.

“Masa mula pakai tu memang tak tahu yang produk tersebut mengandungi merkuri sebab pakai dalam dua tiga minggu, kulit wajah saya nampak sangat cantik dan cerah seperti iklan pada kotak yang tertera kulit cerah seawal tujuh minggu”

“Memang ketika itu rasa kulit sendiri yang paling cantik dan comel. Tapi selepas beberapa tahun menggunakannya, kulit saya terasa sangat pedih dan kelihatan nipis”

“Lebih terasa sakit apabila saya cuba menyapu wajah dengan toner”

“Kemudian baru dengar orang cakap produk saya gunakan itu mengandungi merkuri yang berbahaya kepada kulit,” ujar anak tunggal itu lagi.

Disebabkan bimbang keadaan kulit muka menjadi teruk apabila dia menghentikan penggunaan, Alya kekal memakai produk berkenaan.

“Tingkatan 5 saya berhenti pakai sekejap dalam dua tiga bulan. Selepas itu muka tiba-tiba naik jerawat. Takut menjadi lebih teruk, saya kembali menggunakannya”

“Ada yang tegur cakap kulit muka semakin nipis. Jadi umur 19 tahun, saya terus nekad untuk berhenti menggunakannya”

“Dalam tempoh sebulan, jerawat semakin banyak memenuhi muka,” kata anak jati Kuala Terengganu, Terengganu ini lagi.

Ekoran itu dia cuba menggunakan beberapa produk kecantikan yang lain bagi membaiki semula masalah pigmentation kulit.

Namun kesemuanya sia-sia sahaja kerana tiny bumps semakin memenuhi wajah sehingga membuatkan kulitnya kelihatan tidak sihat.

Oleh itu, dia berjumpa dengan pakar pada awal Jun lalu bagi mengenal pasti tahap kesihatan kulit wajahnya.

“Saya jumpa pakar kulit, dia cakap kulit wajah sudah rosak dan alergik. Jadi saya kena makan ubat antibiotik dan diminta untuk tidak menggunakan sebarang skincare”

“Doktor juga cakap kulit akan pulih tetapi mengambil masa yang lama dan mungkin bertahun-tahun,” luahnya yang kini menyesal kerana tidak menyelidik kandungan produk yang digunakan itu terlebih dahulu.

Tambahnya, wajah kelihatan cantik dan comel hanya sekejap tetapi penderitaan yang terpaksa ditanggung adalah lama.

Malah katanya, sejak kulit wajah dipenuhi jerawat pasir, ramai yang menegur selain menghina kerana menggunakan produk berasaskan merkuri.

Dalam temubual sama, Alya menasihatkan supaya mana-mana individu sama ada wanita atau lelaki yang berhasrat atau sedang menggunakan produk berasaskan merkuri untuk menghentikan penggunaannya.

Menjadikan dirinya sebagai contoh, penggunaan awal memang memberi kesan seperti yang diimpikan namun ia meninggalkan kesan sampingan di kemudian hari.

Terdahulu video perkongsiannya itu tular di aplikasi TikTok dan ditonton lebih 412,000 pelayar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber: mstar