Gara2 Suami Ada K3ncing Manis Sudah 4 Tahun Aku Kontang, Aku Ni Baru Umur 42 Tahun, Masih Cantik Bergetah

Terima kasih admin jika luahan saya disiarkan. Terima kasih juga kerana hidekan profile saya. Sebelum saya mulakan, saya ingin mohon ampun dan maaf jika luahan saya ini keterlaluan. Malam ini air mata saya tak tertahan dari gugur lagi. Saya begitu kecewa dengan suami saya.

Ya saya kecewa kerana sikapnya yang tidak bersungguh-sungguh untuk sembuh dari kncing manis yang antara lain kesan buruknya pada keupayaan sksval suami sendiri.

Pada masa ini saya teresak sendirian sambil melihat wajah suami yang lena di sebelah tanpa rasa bersalah mengabaikan keperluan btin isteri.

Saya berumur 42 tahun. Masih awet muda dan cantik bergetah. Suami tua 3 tahun dari saya. Sudah 5 tahun suami menghidap kncing manis.

Dan sekarang suami hanya fokus makan ubt frmasi tapi selalu culas untuk pergi appointment dktor. Sudah berulang kali saya menyuruhnya tetapi tidak dipandang serius

Sudah bermacam-macam petua dan pemakanan yang baik untuk kesihatan juga saya usahakan untuknya. Dengan satu niat supaya paras gulanya turun pada normal.

Masalahnya apa yang saya sediakan itu dan petua semua dia ikut tapi dalam masa yang sama makanan dan minuman manis dan yang sepatutnya kena berpantang seperti makanan dari beras pulut yang itulah dia suka sangat makan.

Pendek kata berpantang tak ada langsung dalam kamus hidupnya. Walaupun saya kontrol pemakanannya di rumah tapi saya tahu dia masih membeli ketika berada di luar.

Minuman yang tinggi gula itulah kegemarannya. Jika makan diluar bersama pandai pula dia order minuman kurang manis dan air suam. Tapi jika ditempat kerja wallahualam.

Itulah yang amat saya kesalkan. Saya juga ada mengajak dia beriadah dan bersenam tapi janji hanya tinggal janji.

Sebenarnya kami memang selalu berbincang berkenaan penyaakit suami dan begitu juga masalah batinnya dan ada juga timbul cadangan rawatan seperti pergi berurut tapi kami berdua akhirnya bersepakat untuk memastikan kadar gula suami turun dahulu kemudian barulah berusaha untuk perihal btinnya.

Namun semua yang dibincangkan itu seperti tiada hala tuju..nak berjaya jauh sekali kerana sikap suami yang sedemikian. Nasihat sudah tidak terkata supaya ambik berat soal penykit tapi seperti mencurah air kedaun keladi saja.

Kadang tu ubat sudah habis pun dia buat tak tahu sajer. Selagi saya tak bertanya dan beli..memang dia takkan belilah.

Sampai bila harus begini. Hanya saya yang bersungguh untuk memastikan dia sihat ibarat kata. Saya menuang madu kemulutnya setiap hari tapi dalam masa yang sama dia meneguk rcun juga setiap hari dibelakang saya.

Segala usaha saya sia sia saja. Kadang kala ada juga saya bagi sindiran padanya yang seolah-olah tak sayangkan isteri dan anak kerana lebih suka tubuh badan skit. Tapi dia hanya tersengih saja.

Oleh sebab perangai dia macam ni lah dia masih selalu penat penat. Kencing manis still tinggi pada tahap berbelas belas.

Dan kerana itu juga saya sudah lama tidak mendapat nafkah btin yang sebenar-sebenarnya. Saya agak mungkin sudah 4 tahun lamanya. Jika nak tunggu suami mulakan jangan haraplah walaupun nfsunya masih ada.

Dia tidak berupaya untuk beraksi seperti lelaki normal yang lain seperti sebelum ini. Jika setelah selesai haknya tertunai setakat yang dia perluukan (rasanya tak perlulah saya sebut disini) tertidurlah dia. Saya disisi dibiarkan begitu sahaja sendiri memendam perasaan. Begitulah selalunya.

Saya ada meluah padanya berkenaan dengan nafkah btin saya. Dia hanya berjanji kosong semuanya akan pulih seperti sediakala.

Kalau di rumah, selepas balik kerja dia banyak habiskan masa di ruang tamu dengan handphone sambil berbaring dan akhirnya tertido di sofa. Kepenatan selalu. Sedangkan saya sendirian dibilik tidur.

Melihat dia saya merasa seperti bersuamikan seorang lelaki tua berusia yang serba serbi tidak larat. Demi Allah saya rindukan belaian suami seperti dulu.

Kadang kadang saya solat malam dan berdoa supaya Allah hiilangkan saja nfsu saya supaya reda gundah gulana dihati ini. Saya berusaha untuk tidak memikirkan hal itu lagi tapi saya hanya manusia biasa.

Saya tidak mampu. Walaupun saya tertekan dan stress, saya sayang dan cinta suami sangat-sangat. Untuk nafkah zahir tak ada masalah dia amat pemurah pada saya dan anak-anak.

Tolong jangan kcam saya. Apa yang saya harapkan berilah pendapat atau komen yang membina Terima kasih.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Nafeeza Hidayah: Kesian pulak sis ni. Bila nk luah perasaan dlm KRT pun dituduh galok. Bertabahlah TT. Kalau gitu sikap suami TT, langsung x tahu nk jaga kesihatan diri, lnggar pantang, biar je la dia maati sb penykitnya itu.

InsyaAllah satu hari nnt Allah temukan sis jodoh yg jauh lebih baik. Eh sy bukan nk mendoakan yg x baik, tapi kalau diri sndiri x tahu jaga kesihatan, mmg gitulah jadinya.

Azni Azizan: Serba salah plk nk bg nasihat sbb tt ni xdela kecam laki dia sgt. And tulisan dia pn mcm baik jek. Tp camni la. Bg jek r laki akk teruskan pemakanan dia tu. cpt sikit dia jalan. Pastu leh kawin baru. Ni akk cakap ngan dia terang2.

Biar dia reti sikit. Kot bila akk sound dia camtu baru dia panjang sikit pikir tu. Dng syrat cari yg muda. Baru performance aum. Eh tp xleh juga. Sbb kdg tu harap muda jek lebih. Ah pepandai r kak pikir sendiri kak. Penat pulak sy nk tlg pikir utk akk.

Imah Noor: Semua nya punca pemakanan.. Abg ipar sy pun ada diabtes umur 45 tua 5 tahun dgn kakak sy. tp stay mantain sihat sbb jaga makan & berat xde obes.. Kalo dah obes jgn kata nak senaman, nak berjalan pun dah malas.

Sy senyap2 tnye kakak sy pun katanya nfkah zahir n batin semua cukup tip top katanya . Yg penting bersenam & ikut nasihat doktor sbb diabtes ni jika dah kena mmg xde harapan sembuh dah.

Hana Umaira: Hari2 buat air daun sup atau daun bawang bagi suami minum..buat sup air pun boleh atau potong begitu saja gaul dlm nasi….lebihkan makan sayur puan…

orang kencing manis ni beraknya kurang lawas ..so byk makan sayur untuk lancarkan perjalanan drah dlm tubuh…cuba ubah cara pemakanan..mungkin hasilnya lebih berkesan..

Radin Asmah: Iye betul suami tu saakit. Tp yg geram si suami tu dh tau saakit, x de ikhtiar utk sihat.. kene lah ikhtiar. Sihat atau tidak belakang kira yg penting usaha.. Kt bkn cite psl lain,kalo saakit teruk,ank isteri mcm mana?

Jgn lah selfish.. isteri dh support.. kt sihat bkn tkt mti, tp sng jln kan tanggunjwb pd keluarga dn sbgai hamba Allah,dpt buat amalan lbh skt.. sabar ya puan..

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Sumber: IIUm