Hanya Kerana Kak KM Dapat Beli Rumah Banglo RM5 Juta BeIiau Terus Minta Hat3rs Tutup Ig

Di sebalik kegembiraan berjaya membeli sebuah rumah lot banglo, usahawan sensasi Kak KM juga tidak terlepas daripada kecman apabila dia dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan di media sosial.

Enggan ambil pusing dengan kecman netizen itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berharap apa yang dikongsi itu dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki”

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati”

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecm dan cakap kosong sahaja,” katanya kepada mStar.

Bagaikan tidak dapat lari daripada kecman, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini berkata sudah lali dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecm. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecm semakin ramai orang kenal produk saya”

“Sebenarnya orang yang selalu kecm inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

Kak KM tak hirau kecman orang

Bercakap tentang banglo mewah yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu, Kak KM memberitahu urusan pembelian rumah dan tanah berharga RM5 juta itu sudah dilakukan sejak tahun lalu dan dia baharu sahaja menerima kunci rumah secara rasmi pada Ahad.

Kata Kak KM, dia akan melakukan proses ubah suai terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri sebelum berpindah dan menetap di sana.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini”

“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar/achikdia.com