Ini AIasan Noor Nabila Jarang Tay4ng Suami SeteIah Rumah Tangganya Dengan Engku Emran Ditvduh Ret4k

Jarang ada gambar bersama di media sosial sampai ada yang kata rumah tangga Noor Nabila dan suaminya Engku Emran goyah!

Namun kakak Neelofa ini kata dia hanya mahu mengekalkan kehidupan peribadinya secara privasi.

“Suami saya seorang yang jarang berkongsi perihal peribadi di media sosial, secara tidak langsung saya pun jadi terikut dengan sikapnya itu”

“Bila anda dapat suami yang suka berkongsi, anda juga akan jadi sama naik. Saya dan dia sama. Kita pun dah melalui perkahwinan ketiga jadi kita lebih berhati-hati sikitlah”

“Namun, itu tidak bermakna retak atau apa. Kita percaya sahajalah seperti orang kata jodoh, ajal, maut ini semuanya kerja Tuhan”

“Begitu juga dengan perkahwinan. Selagi ada jodoh saya dengan suami, selagi itulah. Tak payahlah orang nak cuba teka atau membuat andaian,” katanya kepada Harian Metro.

Bekas isteri kepada Sharnaaz ini juga mengakui kehidupannya sentiasa menjadi perhatian kerana berada dalam keluarga selebriti.

“Saya tidak dapat lari daripada tempias kerana adik saya Neelofa, bekas suami saya, Sharnaaz Ahmad adalah artis. Begitu juga anak saya yang ada peminat tersendiri”

“Apa pun, saya hormat dengan pihak yang berminat untuk tahu. Namun, jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekalilah kan”

Nabila dan Emran berkahwin pada 19 Mac tahun lepas dan masih belum dikurniakan anak bersama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Cari/achikdia.com