Ini Kata2 Pawang Diraja Pada Ustaz Kazim Elias SeIepas Ditegvr Kerana Kongsikan Lakaran 6 Sosok Peny1hir

Seorang lelaki dikenali sebagai Neo Pawang Diraja tular selepas berkongsi lakaran wajah enam individu yang didakwa menyihir dan melakukan khianat ke atas Datuk Mohd Kazim Elias.

Bagaimanapun, dia pada Isnin malam tampil memohon maaf kepada pendakwah itu dan mengakui sudah memadam video lakaran berkenaan yang dimuat naik ke akaun media sosial miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah saya menerima respons daripada Datuk Ustaz Kazim Elias di dalam page Facebook peribadi beliau, memohon agar saya menghapuskan atau memadam sosok lakaran yang saya buat di dalam video saya yang telah tular baru-baru ini”

“Dengan rela hatinya saya telah pun menghapus dan memadam segala video tersebut baik di Facebook dan akaun TikTok saya. Dan saya memohon seribu kemaafan kepada Ustaz Kazim Elias dan saya sangat menghormatinya”

“Apa-apa pun saya tetap menghormati Datuk Ustaz Kazim Elias. Di sini saya membuat lakaran tersebut dan buat video bukan kerana peribadi atau niat-niat tertentu di mana saya hasilkan lakaran itu atas permintaan ramai yang menyuruh saya membuat lakaran tersebut. Itu sahaja,” ujarnya.

“Sekali lagi saya ucapkan ribuan maaf dengan tindakan saya melakar lakaran-lakaran tersebut,” ujarnya yang memiliki 160,000 pengikut di TikTok.

Dalam video yang telah dipadam, Neo berkata lakaran berkenaan tidak berniat menuduh sesiapa sebaliknya sebagai peringatan agar orang ramai berwaspada dalam kehidupan mereka.

“Lakaran yang saya kongsikan adalah sebuah lakaran ghaib yang terhasil dari gerak yang maha kuasa. Di sini saya bukan ingin menuduh atau memfitnah sesiapa, dan saya tidak kenal sosok-sosok yang berada dalam lakaran tersebut”

Dengan rela hatinya saya telahpun menghapus dan memadam segala video-video tersebut baik di Facebook dan akaun TikTok saya.

“Kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap sesiapa pun, mahupun yang berperwatakan alim dan sebagainya kerana manusia ini rambut sama hitam, tetapi hati hanya Allah yang tahu.Tidak lari dari perasaan hasad dengki, iri hati,” ujarnya.

Untuk rekod, mStar pada 18 dan 19 Mei lalu melaporkan Kazim sedang menghidapi sakit misteri sehingga mengganggu emosi serta kehidupannya.

Neo memiliki 160,000 pengikut di TikTok

Antara yang dilalui termasuklah simptom gatal, pedih, tidur terganggu, luka dengan sendiri serta mengalami pendarahan secara tiba-tiba.

Dedah Kazim dalam posting Facebook, dia sudah banyak mendapatkan rawatan, namun masih belum sembuh.

Ustaz Kazim mohon hentikan sebar lakaran lukisan ‘peny1hir’

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon agar trend menyebarkan lakaran lukisan ‘penyihir’ segera dihentikan.

Ustaz Kazim menerusi hantaran terbarunya di Facebook sebentar tadi memaklumkan beliau telah menerima banyak kiriman mesej daripada pengguna TikTok yang berkongsi lakaran lukisan seseorang yang dikatakan adalah milik individu yang melakukan sihir.

“Saya dapat banyak kiriman daripada TikTok lakaran lukisan kononnya orang yang melakukan sihir.

“Saya berlepas diri daripada perkara-perkara sebegini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegur kepada mana-mana individu yang terlibat agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi lakaran seperti itu kerana ia mungkin menyerupai wajah seseorang.

“Jangan menimbulkan tanggapan tuduhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan”

“Saya berharap pemilik akaun berkenaan memadamkan gambar-gambar ini dan ianya tiada faedah sama sekali,” jelasnya.

Antara lakaran lukisan wajah ‘penyihir’ yang dikirimkan kepada Ustaz Kazim oleh pengguna media sosial.

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Sumber: Mstar