InnaliIIah Kepada Ibu Chef Wan, Ramai Netizen Simpati Dan Mendoakan Kesembuhannya

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dilihat berkongsi keadaan ibunya yang dirawat di hospital selepas mengalami lengan yang bengkak akibat kanser nodus limfa (lymphoma).

Menurut Chef Wan, bengkak pada lengan ibunya itu telah memberi tekanan pada saluran darah, yang menyebabkan aliran cecair dan darah tidak dapat berjalan dengan lancar.

“Rawatan ini akan mengambil masa satu jam. Selepas ini, doktor respiratori , Aziz (Dr yang sama untuk bronkitis saya juga) kerana dia juga batuk pada waktu malam dan saya dapat mendengar dadanya sesak dengan kahak. Mungkin virus selesema saya juga telah menjangkitinya”

“Saya baru sahaja discaj semalam daripada serangan bronkitis selama 4 hari. Pagi dah balik ke hospital balik” Tulis Chef Wan

Dibanjiri Doa Netizen

Ruangan komen turut dibanjiri dengan doa netizen yang mendoakan agar ibu kepada Chef Wan diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

“Semoga mak DCW cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Aamin.”

“Allahuakbar…Nampak uzur Mak Ani sekarang. Chef jaga kesihatan jugak ya. Kita doa yang baik-baik je ye”

“Will be praying for your chef and your mom. Stay positive and be strong. Everything will be fine”

Kami turut mendoakan agar ibu kepada Chef Wan diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Murai/achikdia.com