Kamu mahu ‘dating’ saya ke. KitSiang tak henti2 ratib nama Najlb, sekali tuan badan masuk komen

Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang

Najib Razak menyindir Lim Kit Siang berhubung hantaran terbaharu pemimpin veteran DAP itu yang dikatakan kembali ‘obses’ terhadap dirinya.

Dalam hantaran berkenaan, Lim dalam hantarannya memuat naik status membabitkan ‘kesan buruk pilihan raya negeri (PRN) Melaka adalah Najib mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10, sambil turut memasukkan pautan ke blog peribadinya.

Najib kemudian mengulas hantaran itu dengan menyindir Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang sering menyebut namanya berulang kali.

“Tiap-tiap hari Najib, Najib, Najib. Sehari kamu tak sebut nama saya, kamu tak berselera makan?

“Atau uncle (pakcik), kamu mahu dating (jumpa) saya ke?” katanya.

Dua hari sebelum PRN Melaka, Najib berkata, beliau dijadikan sasaran propaganda seteru Barisan Nasional (BN), walaupun beliau tidak bertanding sebagai calon.

Pada 2019, Najib turut mempersoalkan sikap obses Lim terhadap dirinya selepas sering mengeluarkan kenyataan membidasnya walaupun ketika itu Ahli Parlimen Pekan itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu, Najib memberi reaksi terhadap dakwaan Lim yang mengatakan bekas Presiden Umno itu sedang mengukir jalan kembali menjadi Perdana Menteri susulan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Beberapa hari lalu, Najib berkata, beliau mendapati obsesi Lim terhadapnya menakutkan, kerana nama beliau disebut sebanyak 11,000 kali dalam blog peribadi Lim.

Lim, bagaimanapun, menolak dakwaan Najib itu, dan mengatakan Najib tidak boleh “disalahkan lagi”.

Katanya, beliau tidak akan berminat bercakap berkenaan Najib sekulumit pun sekiranya Najib tidak menjadi satu-satunya rakyat Malaysia “yang melakukan kerosakan terbesar kepada Malaysia termasuk generasi kini dan masa depan dengan legasi kleptokrasinya”. FMT

Beriktu beberapa post terkini di laman Fcebook Lim Kit Siang berkenaan Najib Razak

Uncle masih tak henti-henti untuk ratib nama saya.

Kali ini, dia tanya saya kenapa saya tak malu dan begitu tamak nak minta rumah bernilai RM100 juta.

(Kali ini dia guna gambar yang saya bergaya. Mungkin Uncle sudah minat saya kot.)

Eh… saya dah jawab banyak kali. Kamu tak faham ke?

Saya mohon tahun 2018 bawah akta kerajaan yang dipinda boss kamu Mahathir.

Saya diberi 3 bidang tanah untuk pilih. Keluarga saya pun pilih satu.

Nilai tidak diberitahu kepada kami dan nilai itupun adalah dari portal pro-PN.

Namun saya sudah tolak kediaman itu sebab tidak mahu dijadikan isu. Keputusan ini muktamad.

Mai kita ceritakan tentang siapa yang tamak.

Apabila hakim (yang telah ditukar PH dari mahkamah sivil selepas perbicaraan kes SRC saya berjalan) menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada saya , dia tak kata saya songlap RM42 juta.

Dia bersetuju wang itu bukan digunakan untuk peribadi saya atau keluarga tapi dia kata ianya bukan hak saya untuk sedekah.

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Saya tak songlap. Saya beri semua pada Rakyat melalui pelbagai program dan saluran.

Seperti didedahkan oleh SPRM dan pegawai bank dalam perbicaraan SRC, dana RM645 juta yang diterima terus dari Menteri Kewangan negara Arab Saudi kepada akaun saya, saya juga beri segalanya kepada Rakyat.

“Najib terima RM642 juta dari Arab Saudi”

https://www.bharian.com.my/…/najib-terima-rm642-juta…

Termasuk untuk membantu banjir besar tahun 2014 di negeri-negeri timur semenanjung Malaysia dan juga memberi kain jubah bagi semua program-program amal yang dianjurkan untuk imam, tahfiz dan semua pegawai Masjid di lebih 7 ribu masjid seluruh Malaysia untuk 4 tahun berturut-turut dari tahun 2011 ke 2014.

“Kenyataan Jakel mengenai dakwaan terima wang 1MDB”

https://www.astroawani.com/…/kenyataan-jakel-mengenai…

Jika saya tamak, saya dah ambil RM100 juta dari RM642 juta itu untuk beli rumah besar-besar seperti rumah Atok di The Mines, projek kroni kamu. Masih lagi baki RM542 juta untuk beri pada Rakyat.

Tapi saya tak buat begitu pun.

Jika saya nak songlap, kenapa saya tak songlap pula RM645 juta yang diberi kepada saya tapi saya sanggup tunggu 4 tahun setelah saya sokong KWAP meminjam kepada SRC pada tahun

2011 untuk “songlap” RM42 juta dengan memberinya kepada Rakyat?

Sebab itu, saya nak tanya Uncle.

Adakah RM209 juta sudah dibayar Guan Eng sebagai sebahagian bayaran RM305 juta giler mahal untuk kos membuat laporan projek terowong itu juga sedekah kepada syarikat kroni terowong?

Kamu mahu ‘dating’ saya ke? sindir Najib kepada Kit Siang

Tiap-tiap hari Najib, Najib, Najib.

Sehari kamu tak sebut nama saya, kamu tak berselera makan?

Atau Uncle, kamu mahu dating saya ke?

Another photo and post about me, Uncle?

How many days consecutively have you been writing articles about me?

Why have you not written anything about other matters that involves justice and corruption?
Such as:

1) The boss of a public listed property development company falling 17 floors to his death just a month before he was due to testify as a main witness in your son’s corruption trial – just like how you used Teoh Beng Hock for over a decade?

2) MACC confirming a few days ago that the famiy of the former governor whom your govt made Council of Elders had returned RM65 million out the close to RM700 million that they received from Jho Low?

Are you not concerned about these two recent cases? Why the absolute silence?

If you are so obsessed with me, should Guan Eng has another son please name him 林纳吉.

sumber: FB Lim Kit Siang

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: