KaIi lni Suhaimi Saad Bvat 0nar Lagi, BoIeh Tak Percaya Dengan Teori Bumi Berputar Dan Manusia Ke BuIan

Baru-baru ini, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad ada berkongsikan pendapatnya tentang teori bumi dan bulan.

Difahamkan, perkara itu dikongsikan oleh Suhaimi ketika Live dan dimuat naik semula oleh pengguna TikTok.

Menerusi video itu, Suhaimi memberi pandangannya mengenai manusia ke bulan dimana penyanyi itu mempertikaikan kebenaran tersebut. Suhaimi juga turut menafikan bumi bulan dan awan dalam keadaan bergerak serta menerangkan logik disebalik pendiriannya itu.

“Kalau bumi berputar, kapal terbang akan terbang dan bumi berputar… kapal terbang tidak boleh ikut bumi sebab bumi laju…

“Tak logik, fikir guna otak pon tak logik. Awan awan semua tertinggal sebab bumi bergerak… jadi untuk ke bulan itu bohong,” katanya.

Seperti sudah dijangka, pandangan Suhaimi itu dikecam oleh netizen yang tidak bersetuju dengan teori diberikan oleh penyanyi itu.

Terdahulu, Suhaimi pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital. Malah, Suhaimi juga mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Apa kata anda? sila berikan komen anda dan jangan lupa untuk like page kami!

Sumber: RK/achikdia.com