Keuntungan RM90k Sehari, Ramai P3rtikai Cara Pengiraan Remaja2 lni Kira Keuntungan Nasi Arab Chef Ammar Untuk Sebulan

Sepanjang ramadan 2022, selain daripada ucapan selamat berpuasa, netizen di Malaysia sering kali berzikir nama Chef Ammar. Tukang masak yang berasal dari PaIestin ini tidak Iari dari pelbagai kntrversi dan cerita yang menarik sepanjang bulan puasa.

Jika anda mengikuti rapat cerita-cerita Chef Ammar, anda pasti tahu bagaimana masakan beliau telah menghasilkan barisan yang panjang seawal jam 2.30 petang. Semua ini disbabkan orang ramai berpusu-pusu mahu menjadikan masakan Chef Ammar sebagai juadah berbuka puasa.

Disebabkan barisan panjang yang tak pernah berkurang, timpul pula satu persoaIan, agaknya berapakah yang dihasilkan oleh Chef Ammar dalam masa sehari..? Kerana melalui Iaporan media tempatan, masakan Chef Ammar seringkali Iaris terjual sehingga habis.

Melalui perkngsian seorang pengguna TikTok Arif Aiman, beliau berkongsi keuntungan yang dihasilkan oleh Chef Ammar dalam masa sehari. Difahamkan Arif telah pun bertanya pekerja Chef Ammar dan beliau mengesahkan bahawa setiap hari mereka menjual 1,200 bekas untuk ayam dan 1,200 untuk kambing.

Ayam yang dijual pada harga RM25.00 dengan jualan 1,200 bekeas setiap hari telah memberi keuntungan sebanyak RM30,000. Manakala kambing yang dijual pada harga RM50.00 dengan jualan 1,200 bekas pula telah berjaya memberi keuntungan sebanyak RM60,000.

Keuntungan Chef Ammar dalam masa sehari pula, jika ditambah kedua-dua jualan tadi adalah sebanyak RM90,000 – tanpa menolak apa-apa kos yang tersembunyi. Arif turut berkngsi kiraan sebulan keuntungan Chef Ammar yang mencecah sehingga RM2 juta.

Tak hairan sebenarnya jika itulah harga yang berjaya diperoleh oleh Chef Ammar dalam masa sehari. Mengikut perkngsian Chef Ammar sendiri, masakan yang dihasilkan telah menggunakan rempah ratus yang berkualiti tinggi selain penjagaan rapi dari Chef Ammar sendiri.

Untuk rekod, Chef Ammar telah lama menetap di Malaysia selama lebih dari 25 tahun dan sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Beliau menjadi tumpuan masyarakat pada bulan ramadan kali ini selepas terpaIit dengan beberapa kntrversi antaranya dituduh menjual makanan pada harga yang tinggi serta pernah dim4rah pelanggan yang gagaI mendapatkan makanan seteIah beratur lama.

Antara komen netizen:

sumber: vocket