lsteri lzzue lslam Akvi Tak Terasa Apabila Wanita lni 0ffer Bermadu, Cuma Minta Jaga Hati

Rumah tangga aktor kacak, Izzue Islam bersama isterinya Awin Nurin tampak bahagia walaupun belum dikurniakan cahaya mata.

Walaupun sebelum ini ada menyuarakan hasrat mahu menjalani rawatan kesuburan (IVF), namun pelakon itu mengakui belum mempunyai masa yang sesuai memandangkan masih-masing terikat dengan komitmen kerjaya.

Ada wanita nak jadi isteri kedua

Akan tetapi, baru-baru ini kecoh dikataakan bahawa pasangan tersebut didatangi oleh seorang wanita yang menawarkan diri untuk bermadu dan mengandungkan zuriat pelakon terbabit.

Sudah tentu ia menjadi sedikit janggal dan mereka berdua akui tidak tahu bagaimana mahu bereaksi.

Terkejut namun tak terasa hati

Memetik daripada laporan Gempak! isteri kepada Izzue mengaku sedikit terkejut dengan cara wanita terbabit.

Walaupun akui sebelum ini ramai yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua melalui media sosial, tetapi kejadian didatangi secara terus adalah pengalaman pertamanya.

“Ketika itu kami hadir ke satu acara tiba-tiba datang seorang wanita bertudung berpakaian serba hitam dengan pelitup muka dan berkaca hitam menuju ke arah kami”

“Dia terus beritahu mahu menjadi madu Izzue serta mahu memberi zuriat di hadapan kami”

“Saya ketika itu memang terkejut lalu terkedu dengan apa yang berlaku tetapi Izzue terus meminta wanita itu menghormati perasaan saya dan tidak lagi berbuat demikian”

“Saya akui sebelum ini memang ramai yang memberitahu hasrat yang sama tetapi hanya di dalam media sosial dan saya tak pernah mengambil itu serius kerana tidak tahu kesahihannya,” katanya.

Lebih kenal suami sejak 9 tahun berkahwin

Jelas Awin Nurin lagi, dia sama sekali tidak berkecil hati dengan insiden tersebut kerana sepanjang 9 tahun berkahwin, dia sudah faham benar dengan suaminya itu.

Akan tetapi, wanita terbabit berharap agar mana-mana perempuan perlu ada rasa hormat terhadap perempuan lain walaupun dia bukanlah isteri kepada aktor terkenal.

“Saya tak berkecil hati tapi saya rasa perempuan perlu ada rasa hormat terhadap saya bukan sahaja isteri Izzue tetapi hati sebagai kaum wanita”

“Kami pun tidak membawa isu itu lebih panjang kerana saya tahu saya lebih mengenali Izzue”

“Malah selama sembilan tahun berkahwin, Izzue tidak pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi meskipun kami belum menimang cahaya mata,” kongsi Awin.

Sedang cari masa sesuai untuk buat IVF

Dalam pada itu, isteri merangkap pengurus kepada Izzue Islam ini mengatakan yang dia serta suami memang merancang untuk membuat IVF, namun belum ada masa yang sesuai.

“Buat masa ini saya dan Izzue masih sibuk dan kami memang ada perancangan untuk lakukan IVF”

“Kami sedang cari masa yang sesuai di mana masing-masing boleh berehat dan menenangkan diri,” ujarnya.

Untuk rekod, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam bin Mazlan telah mendirikan rumah tangga dengan Nurinafilah Waharudin atau Awin Nurin pada 2 Jun 2023.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak/achikdia.com