Masih Tak Boleh Terima, Ibu Syamsul Yusof Bersuara, Kami Ada 3 Orang Menantu Yang Hebat-Hebat, Cukuplah

Sebelum ini, ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail bertindak mengunci mulut dan enggan lagi memberi sebarang respon terhadap pernikahan kedua anaknya bersama Ira Kazar.

Respon isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu dipercayai kerana terlalu kecewa dengan tindakan anaknya yang mengabaikan anak dan isteri sendiri demi orang ketiga.

Terbaru, Datin Patimah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram Story menyatakan dia hanya ada tiga orang menantu yang hebat-hebat iaitu Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah binti Ustaz Zainal.

Bersama hantaran itu, beliau menyertakan latar belakang instrumen Penyejuk Hati daripada Asraf Studio.

Terdahulu, beliau sebagai ibu mentua banyak memberikan semangat kepada menantunya, Puteri Sarah yang menghadapi pelbagai ujian sejak empat tahun lalu.

Beliau mengharapkan menantu kesayangannya itu menemui bahagia kerana tak sanggup lagi lihat Puteri Sarah terluka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: IG dpatimah012/achikdia.com