Ebit Lew Akhirnya Tmpil Buat Lap0ran P0lis Dan Ini Yang Dia Beritahu Depan Balai

Terdahulu, nama Ebit menjadi perbualan hangat di media sosial selepas penyanyi rap Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada penceramah bebas itu kerana mendakwa menerima rungutan daripada penduduk Gaza berhubung cara pendakwah itu menghulurkan bantuan baru-baru ini.

Dia juga mendakwa Ebit hanya menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza demi tarikan bahan kandungan di media sosial.

Pendedahan Caprice itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang warganet terutama dalam kalangan penyokong Ebit yang memberikan pelbagai reaksi terhadap artis terbabit.

Penyanyi itu kemudian memohon maaf kepada semua pihak menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya hari ini.

Semalam, polis mengingatkan orang ramai tidak mensensasikan isu kontroversi membabitkan Ebit dan Caprice.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, tindakan tegas akan diambil jika ada pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuk menyebarkan fitnah.

Terkini: Ustaz Ebit Lew Buat Laporan Polis, Sedih & Nafi Semua Tudu.han.

Petang ini Ebit Lew tampil ke Balai P0lis Dang Wangi untuk membuat laporan P0lis di percayai berkatian dengan isu yang berlaku sekarang ini

Pendakwah terkenal, Ebit Lew hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada petang Rabu.

Difahamkan beliau tiba di IPD Dang Wangi kira-kira jam 6.15 petang.

Ebit Lew baru sahaja keluar dari IPD Dang Wangi untuk membuat laporan bagaimanapun butir berkenaan laporan belum dapat dipastikan.

Menurut Ebit Lew, dia menafikan segala tuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan pasukan beliau.

Segala tuduhan tersebut  bersifat fitn4h,malah menurut Ebit Lew dia boleh jawab semua tuduhan dalam sekelip mata. Setakat ini Ebit Lew menyerahkan semuanya kepada Peguam

“Wallahi, semua ini tidak benar, Saya anggap ini ujian Allah..”

Menurut Ebit Lew, isteri, anak-anaknya menangis bimbang atas insi.den ini.

“Ini semua fitnah, saya nafikan semua tudu.han kepada saya, saya sedih, sebab ayah saya dan isteri saya tahu perkara sebenar”

Ebit Lew masuk Gaza: Tak payah nak kecoh lagi, kata netizen

Rata-rata warganet memberikan reaksi berbeza terhadap dakwaan dan kritikan terhadap Ustaz Ebit Lew (UEL) atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew.

Ini berikutan dakwaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman terhadap kaedah pasukan UEL untuk masuk ke Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Seorang netizen yang menggunakan nama ‘Fizah Anda” menyifatkan perkara tersebut tidak perlu ‘dikecohkan lagi’ dan sepatutnya berterima kasih kepada UEL kerana sudah melaksanakan bantuan tersebut.

“Demi keselamatan dan bantuan sampai tak usah diisu sangat soal masuk dan bayaran, yang penting sampai.

“Daripada nilai sumbangan rakyat Malaysia, berapa banyak dah, tetapi tak tahu brapa peratus sahaja (yang) sampai, selebihnya untuk apa. UEL sudah laksanakan, tak payah nak kecoh lagi.. sepatutnya berterima kasih,” katanya yang dipetik dari ruangan komen Utusan Online.

Sementara itu, seorang netizen yang menggunakan nama Shamsuddin Shuib berkata, perkara yang penting adalah masuk ke Semenanjung Gaza dan memberi bantuan walau dengan apa cara sekalipun.

“Asal tidak menyalahi undang undang negara tersebut. Dan bantuan sampai pada penerima yang disasarkan.

“UEL buat cara dia, pertama kali pula itu. Apa kuasa Nadir hendak tentukan orang ikut cara dia,” katanya.

Dalam pada itu, seorang warganet yang menggunakan nama Adam Harriz pula menyifatkan, UEL melanggar etika dan perlu menghormati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

“UEL memang hendak bantu orang, dalam masa yang sama dia mengejar populariti.

“Dia (UEL) telah melanggar etika, tolong hormati NGO yang lain. Memang duit yang masuk ratusan juta, tetapi tolong seimbangkan,” katanya.

Sehingga kini, kritikan berkenaan mendapat lebih 2,000 tanda suka dan pelbagai komen daripada warganet.

“Teruskan kerja bantu orang lain, berdakwah serta buat baik” -Pesanan terakhir bapa Ebit Lew

PETALING JAYA: Pendakwah bebas dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew, meluahkan rasa pilu apabila mengenangkan pesanan terakhir arwah bapanya, Ibrahim Lew, yang sangat bermakna buat dirinya semasa masih hidup.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ebit juga meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bersama ketika bapanya menghembuskan nafas yang terakhir, semalam.

Malah, dia turut menitipkan rasa rindunya yang teramat sangat terhadap arwah bapanya yang telah pergi selamanya.

“Ya Allah, rindunya. Sangat rindu. Pesan akhirnya buat saya, ‘Ebit jangan risaukan bapak, teruskan kerja bantu orang lain ya. Teruskan dakwah dan buat baik’.

“Bapak kerja kuat setiap hari, tak pernah nak apa-apa. Tak nikmati dunia ini pun. Semuanya diberi pada orang lain, suka memberi. Setiap hari merindui arwah mak.

“Maafkan Ebit tiada saat akhir bapak tadi (semalam),” luahnya.

Dalam pada itu, Ebit menitipkan doa buat arwah ayahanda tercintanya, agar diampunkan segala dosa serta diberikan syurga buatnya.

Semalam, bapa pendakwah bebas telah meninggal dunia dan jenazahnya dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

Misi Bantuan Ebit Lew Ke Gaza Dipertikai, Nadir Al-Nuri B0ngkar Lima Perkara Ini – “Saya Amat Terkejut & Tidak Menyangka…”

Nama Nadir Al-Nuri bukanlah asing dalam misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin di Gaza sejak tahun 2013.

Malah, Nadir juga dikenali sebagai individu yang berperanan dalam urusan sesiapa yang mahu masuk ke Gaza.

Terbaru, Nadir membuat teguran tentang isu pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bersama pasukannya masuk ke Gaza yang kini sedang viral.

Menurut Nadir, teguran itu bukan atas dasar perasaan iri hati atau memperlekehkan perjuangan seseorang, namun dibuat atas dasar kasih sayang agar dapat dijadikan iktibar oleh pasukan Ebit Lew, semua yang terlibat, serta dirinya sendiri.

Tiga lori bawa misi bantuan Ebit Lew diarah berpatah balik, ini penjelasan Ketua Polis Daerah

BENTONG – Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.

Tindakan itu berikutan tiga buah lori tersebut tidak mempunyai dokumen kebenaran.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, tiga buah lori seberat tiga tan membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan Ebit Lew ke pantai timur itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut,” katanya.

Zaiham berkata, kesemua pemandu akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Ditanya jika ada menerima panggilan atau pertanyaan daripada pasukan pendakwah terkenal itu, Zaiham berkata, sehingga jam 5 petang Rabu tiada sesiapa daripada pihak terbabit menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Sebelum ini, dalam laman sosial Instagram milik Ebit Lew ada memuat naik status sebanyak 10 buah lori bantuan bergerak menghantar keperluan asas seluruh Malaysia dengan klip video berdurasi 26 saat beberapa hari lalu

Ebit Lew menggerakkan 10 lori yang membawa bantuan barangan keperluan asas ke seluruh negara sempena Hari Raya Aidiladha. (Gambar Facebook)

Ustaz Ebit Lew ‘takbir raya’ dalam lori

Terdahulu Pendakwah bebas, Ebit Lew terus membantu rakyat dengan menggerakkan 10 lori yang membawa barangan keperluan asas ke seluruh negara sempena Hari Raya Aidiladha, semalam.

Menerusi hantaran bersama gambar di Facebook beliau, ia turut mendapat reaksi positif daripada warganet dan sehingga pagi ini sudah menerima lebih 195,000 ‘like’ serta 8,300 komen.

“Doakan ya. Malam hari raya ini 10 lori bantuan keperluan asas akan bergerak ke seluruh Malaysia. Doakan semua team selamat pergi dan balik. Takbir raya dalam lorilah. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya di Facebook.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan penjelasan atau maklumat lanjut mengenai lokasi barangan keperluan berkenaan diagihkan.

Terdahulu, nama Ebit menjadi perbualan hangat di media sosial selepas penyanyi rap Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada penceramah bebas itu kerana mendakwa menerima rungutan daripada penduduk Gaza berhubung cara pendakwah itu menghulurkan bantuan baru-baru ini.

Dia juga mendakwa Ebit hanya menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza demi tarikan bahan kandungan di media sosial.

Pendedahan Caprice itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang warganet terutama dalam kalangan penyokong Ebit yang memberikan pelbagai reaksi terhadap artis terbabit.

Penyanyi itu kemudian memohon maaf kepada semua pihak menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya hari ini.

Semalam, polis mengingatkan orang ramai tidak mensensasikan isu kontroversi membabitkan Ebit dan Caprice.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, tindakan tegas akan diambil jika ada pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuk menyebarkan fitnah.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: