Nenek men|nggal dunia, Caprice terkilan tak dapat kenalkan bakal isteri

Capric ralat tidak dapat bersama menguruskan je.nazah arwah Nenek.

MASIH berada di Mesir, penyanyi rap Caprice menerima berita sedih berhubung pemergian nenek tersayang pada pagi Selasa.

Tanpa berkongsi maklumat terpeinci mengenai punca kematian, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, meluahkan rasa terkilan tidak dapat menunaikan janjinya untuk membawa ar.wah tinggal bersama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur.

“Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek.

“Impian dan janji saya untuk menempatkannya di rumah bersama ibu bapa saya di KL tidak tercapai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

cap nene meninggalPerkongsian Caprice di Instagram miliknya.Selain itu, Caprice, berkata, dia juga gagal mengotakan janji untuk memperkenalkan pasangan hidupnya kepada Allahyarham.

Dia juga ralat tidak dapat bersama menguruskan jena.zah arwah seperti yang mana dijanjikan sebelum ini.
Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-fatihah

CAPRICE

PENYANYI

“Saya juga tidak sempat menunaikan impian dan janji baha.wa suatu hari saya akan membawa jodoh dengan anak-anak agar dia dapat bangga.

“Maaf, saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersa.mamu hari ini. Al-fatihah,” tulisnya lagi.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Julai lalu bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan.

sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.