P4ndu Kereta MeIulu Hingga Kekasih Tec4mpak Atas JaIan Kerana Bert3ngkar, PeIakon Tambahan Dit4han PoIis

Video tular yang dikongsikan satu akaun Facebook memperlihatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu secara melulu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), sebelum kemalangan telah menjadi perbualan netizen di media sosial.

Penumpang tercampak keluar

Lebih parah lagi, tindakan tersebut membuatkan seorang wanita yang juga penumpang kenderaan berkenaan tercampak keluar di tengah jalan dan hampir menjadi mangsa langgar.

Menukar lorong secara zigzag

Susulan daripada itu, menerusi laporan Harian Metro, pemandu kereta berkenaan yang juga seorang pelakon tambahan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kemalangan yang turut tular di media sosial membabitkan dua kenderaan itu berlaku jam 5.30 petang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan,

“Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova,” katanya.

Bertengkar dalam kereta

Disebabkan pelamggaran tersebut, kekasih kepada pelakon berkenaan yang berusia 25 tahun telah tercampak keluar namun hanya mengalami cedera ringan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu,” katanya.

“Pemandu Myvi itu ditahan untuk siasatan lanjut. Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Pencegahan Jenayah (KPJ) akan dipohon, esok.

“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek berkenaan didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan,” katanya.

Video berdurasi 42 saat memperlihatkan pemandu Myvi memandu dalam keadaan membahayakan sehingga berlaku perlanggaran dan seorang penumpang tercampak keluar telah menjadi perhatian ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hm/achikdia.com