Patutlah Nampak SuguI, Hidayah D4kwa Dis1hir Sejak 4rwah Abam MeninggaI Dunia

Balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi pengamal perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa terkena sihir.

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Hidayah yang kelihatan sugul memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Hamzah mengalami gangguan ‘sihir’ itu sejak Abam meninggal dunia.

“Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian atau perawat mistik & sihir yang boleh mengubati atau merawat masalah Dayah dan hamzah”

“Disihir & ganguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini. mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi Abang Dayah,” tulisnya.

Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengesyorkan Hidayah untuk cuba berubat di Darussyifa serta memberikan kata-kata semangat buatnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: rk/achikdia.com