PeIanggan Tergezut ApabiIa Ditengklng B0doh Dan H3mpas Barang 0Ieh Pekerja FamiIy Mart

Sebagai seorang pekerja, lebih-lebih lagi bagi yang berhadapan dengan orang ramai pastinya perlu ada kesabaran yang tinggi.

Memandangkan setiap orang mempunyai karakter dan perangainya yang tersendiri. Jika tiada kesabaran, pastinya akan ada kejadian amukan atau makian daripada mana-mana pihak.

Seperti mana yang berlaku baru-baru ini apabila ada seorang wanita memaki pekerja 7 Eleven dan juga pekerja KFC. Nyatanya kejadian tersebut, membuatkan ramai dalam kalangan kita berasa bengang dan marah.

Rupa-rupanya disebalik kisah ini, ada banyak lagi kisah yang lebih kurang sama berlaku. Cuma tidak dihebohkan dan diviralkan.

Sikap pekerja Family Mart yang mengecewakan

Wanita Kongsi Kejadian Pekerja Family Mart Cakap ‘Bodoh’ & Siap Hempas Barang, Ramai Cakap Pernah Kena

Salah satu kejadian yang lebih kurang sama berlaku adalah seperti mana yang dikongsikan oleh pemilik akauan TikTok tanpanama berkenaan dengan kejadian yang melibatkan pekerja Family Mart.

Di mana pada suatu hari, suaminya telah mengunjungi Family Mart dan memesan corndog.

Seperti kebiasaannya, apabila pesanan dibuat kita akan menunggu makanan tersebut disiapkan. Jika sebelum ini ada panggilan nombor atau nama, namun kini berbeza.

Tanpa apa-apa panggilan, pekerja tersebut meletakkan pesanan begitu sahaja di atas meja. Menurut pemilik akaun ini, pada ketika itu ada juga pelanggan lain yang beratur di hadapan suaminya. Namun orang tersebut mengambil semua pesanan tersebut.

Tidak lama kemudian, suami kepada pemilik akaun ini telah bertanya kepada pekerja Family Mart ini.

Namun jawapan yang diterima sangatlah mengejutkan. Malah pekerja berkenaan juga sempat berkata bodoh dan menghempas barang sebelum menyediakan pesanan yang baru.

Tak pernah dapat layanan baik..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang melihat video berkenaan.

Namun ada segelintir yang sempat menyatakan rata-rata pekerja Family Mart ini tidak mesra pelanggan.

Ada juga yang menulis, setakat ini dia telah mengunjungi beberapa Family Mart namun semuanya tidak mendapat layanan yang baik.

Malah ada juga yang menulis, Family Mart sekarang dah tak macam masa mula-mula viral dulu.

Tidak kurang juga ada yang naik angin apabila membaca apa yang dikongsikan oleh pemilik akaun ini.

Bukan soal pekerja dan pelanggan, namun ianya adalah soal adab dan kesabaran. Sebagai pekerja, tidak dinafikan mereka ini penat.

Sangat penat melayan pelanggan yang mempunyai bermacam ragam. Namun jangan meletakkan itu sebagai satu pas untuk kita memarahi atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelanggan. Begitu juga dengan pelanggan.

Kredit: TikTok tanpanama via DailyMakan