Pelajar lni Sertai Kelas 0nline Dalam But Kereta Sampai Pensyarah Pun Seb4k, Terpaksa Membongk0k Utk Belajar

Pelaksanaan pengajian secara Open Distance Learning (ODL) semasa p4ndemik c0vld-19 menjadi satu bentuk cabaran baharu yang harus dihadapi para pelajar institusi pengajian tinggi terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Terdapat pelbagai kekangan timbul termasuklah capaian internet yang menjadi masalah besar, seterusnya memberikan tekanan kepada golongan tersebut untuk menuntut ilmu.

Turut merasai kesukaran ini, Nisa Rina, 23, yang terpaksa keluar dari rumah untuk mencari kawasan yang mampu mendapat capaian internet bagi menyertai kelas dalam talian.

Menurut Nisa yang menetap di sebuah pekan di Telupik, Sabah, kesukaran ini berlaku sejak pencawang telekomunikasi di daerah Telupik terbak4r pada 25 Mac lalu.

“Pencawang telekomunikasi di tempat saya terb4kar. Jadi banyak telco (syarikat telekomunikasi) terjejas sebab pencawang ni menghubungkan kesemua talian. Saya guna talian bagi pusat internet komuniti untuk ODL. Bila jadi kes terb4kar ni susahlah untuk saya masuk kelas”

“Rumah saya terletak agak jauh dari pekan-pekan dan bandar lain. Lebih kurang 97km dari Ranau dan 130km dari Sandakan. Kalau nak cari rangkaian internet terpaksa bergerak ke kampung lain. Kebiasaannya saya akan berada di tepi-tepi jalan raya besar yang ada line sekurang-kurangnya tiga bar bagi membolehkan saya masuk kelas”

“Kawasan-kawasan saya pergi tu pun tak menentu sebab internet tak stabil. Jadi saya kena selalu ubah tempat bagi mendapatkan jaringan internet. Yang paling dekat dengan rumah saya pun jaraknya lebih kurang 10km baru ada internet,” ujar Nisa ketika dihubungi mStar.

Gadis ini tidak pernah menjadikan masalah pencawang terbakar sebagai alasan untuk tidak hadir ke kelas.

Jelas Nisa, dia bagaimanapun tidak duduk di bahagian dalam kereta semasa proses pembelajaran kerana kelas berlangsung dari pagi sehingga petang dan dia bimbang enjin kereta akan pan4s melampau di samping mahu menjimatkan petrol.

Menurut Nisa yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) di Perak, dia duduk di bahagian but kereta Myvi milik ibunya yang mana ruangnya lebih luas membolehkan dia baring dan mencatat nota.

Imbas Nisa, banyak kesukaran lain yang terpaksa dihadapi seperti suhu telefon menjadi pan4s sehingga membuatkan dia menangis dan hampir putus asa.

Namun, dia tetap meneruskan perjuangan dalam menimba ilmu setelah mendapat sokongan moral daripada orang-orang sekeliling yang memahaminya.

“Sebelum ni pernah masa tengah kelas, tiba-tiba internet terputus. Kebetulan pula yang mengajar masa tu ketua jabatan. Saya memang cuak masa tu dan terus ambil inisiatif hubungi kawan guna telefon rumah minta dia tolong beritahu pensyarah tentang masalah ni”

“Kawan saya terangkan apa yang berlaku dekat pensyarah tu. Saya sangat terharu bila dapat tahu ketua jabatan termasuklah pensyarah-pensyarah kelas lain juga sangat memahami dan banyak bagi semangat untuk saya teruskan belajar walaupun sukar”

“Biasanya mereka akan tanya dulu saya masuk kelas dekat mana. Adakalanya, mereka akan hantar rakaman kelas secara personal kalau saya tak dapat masuk kelas tu sebab mereka bimbang akan keselamatan saya yang terpaksa pandu kereta ke tempat-tempat yang ada internet,” katanya.

Nisa merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang Komunikasi Sosial di Upsi.

Walau terpaksa berdepan banyak halangan untuk hadir ke kelas online, Nisa tetap berusaha kerana percaya ada keberkatan dan ganjaran bagi orang yang berusaha mencari ilmu.

Ini terbukti apabila gadis ini berkongsi video di TikTok, menunjukkan detik dia menerima berita gembira berjaya mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kulmulatif (CGPS) 4.00 bagi peperiksaan semester kelima.

“Semester lima merupakan sesi paling struggle ment4l dan em0si untuk saya. Lebih-lebih lagi setelah tiga tahun ODL. Ditambah pula dengan subjek-subjek yang semakin sukar dan ‘berat’ sampai hari-hari mengeluh nak berhenti belajar”

“Pernah juga dulu saya tertinggal satu kelas tu sebab tak ada internet, saya terus nangis. Yelah… walaupun semua orang faham situasi saya tapi takut juga ia akan memberi kesan kepada mana-mana pihak terutama sekali bila ada kerja kumpulan dan saya bagi alasan tak ada internet”

“Tapi saya bersyukur semua usaha penat lelah saya tu berbaloi bila dapat keputusan cemerlang untuk semester lepas. Masih tak percaya sampai sekarang walaupun sembilan minggu laptop saya ros4k dalam pada masa siapakan Projek Ilmiah Tahun Akhir, saya boleh dapat dekan,” ujar Nisa.

Nisa berjaya peroleh keputusan cemerlang bagi semester lima walaupun mengalami kesukaran dalam proses pembelajaran.

Sehingga kini, perkongsian video gadis ini yang menjadi tular telah meraih 1.4 juta jumlah tontonan dan rata-rata warga maya mengagumi usaha Nisa untuk menuntut ilmu walau sukar.

“Saya post video ni sebagai kenangan dan jenaka saja. Tapi tak sangka pula ramai juga yang boleh kaitkan kesukaran saya nak hadir ke kelas maya ini dengan kisah mereka yang bersusah payah nak masuk kelas juga”

“Ramai yang terinspirasi dan jadikan video ni sebagai punca semangat mereka. Ada juga yang meluahkan bahawa video-video ni semua bagi kesedaran dan membuatkan diri rasa lebih bersyukur dengan apa mereka ada sekarang”

“Disebabkan respons yang baik daripada warga maya ini telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk teruskan belajar dalam kesukaran ini. Saya juga nak tunjukkan bahawa inilah realiti jurang digital yang masih wujud dalam kalangan kita walaupun zaman serba moden,” jelasnya.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar