Lebih sebulan menanti, Shuib akh|rnya dapat peluk cium Ayash Affan – “Alhamdulillah… Allah hadiahkan berita gembira”

Shuib akan menjaga anak-anak seperti mana a.rwah isterinya mahukan.
Tiada hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran ke-37 pelawak Shuib melainkan khabar gemb.ira mengenai bayinya iaitu Ayash Affan yang masih berada dalam pemantauan di Pusat Peru.batan Unive.rsiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya di hospital buat pertama kali pada Isnin.

“Alhamdulillah… di hari kelahiran, Allah had.iahkan berita gembira. Dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan.

Shuib 2
Shuib berkongsi berita gembira itu di Instastory.

“Ia akan jadi hari pertama melih.at dan menye.ntuh Ayash Affan,” luah Shuib men.erusi Instastory miliknya.

Menerusi laporan mStar pada 26 Ogos lalu, Shuib memberitahu bayinya sudah m.ula diberikan susu badan dan akan dibuka alat bantuan pernafasan dalam masa terdekat.

Teruja untuk bertemu dengan bayi pramatangnya itu, Shuib member.itahu dia masih teringat kata-kata terakhir Allahyarham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah.

Menurut ahli kumpulan lawak Sepahtu ini, dia akan melak.ukan yang terbaik untuk menjaga anak mereka seperti mana arwah isterinya mahukan.

“Insya-Allah, Alhamdulillah hari ini jum.pa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘baby keempat ini you jaga dia tau. You jaga okay’.

“Insya-Allah sayang. I akan jaga dia ma.cam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat.

“Anak yang selalu dek.at dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I. Perjalanan I mas.ih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang,” katanya.

Shuib 1
Shuib bersama anak-anak.

Siti Sarah, 37, menghembu.skan nafas terakhir pada pu.kul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uw.ais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arw.ah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

sumber: mstar

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut: