PU Azman Ditvduh Lagi Bvat KaIi Ke-10, K3s 4mang S3ksuaI Memb4bitkan PeIajar 17 Tahun

Pendakwah selebriti, PU Azman atau Azman Syah Alias hari ini telah didakwa lagi di Mahkamah Sesyen dengan satu pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun.

Mengaku tak bersalah

Menerusi Harian Metro, PU Azman atau mesra disapa Cik Man,41 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Perkara tersebut menjadikan pertuduhan ke-10 dikenakan kepada pendakwah berkenaan di tiga mahkamah selepas dihadapkan di Mahkamah Klang dengan empat pertuduhan manakala di Seremban dengan lima pertuduhan.

Kesemua pertuduhan tersebut dibuat pada bulan Oktober tempoh hari.

Beri kerjasama yang baik

Menerusi prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memohon agar PU Azman tidak dikenakan ikat jamin namun peguam bela pendakwah tersebut meminta agar ikat jamin diberikan kerana ia penting bagi tertuduh menyediakan pembelaan terbaik bagi kes berkenaan.

Peguam bela juga mengatakan anak guamnya memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses kes berkenaan serta mengikut prosiding dan syarat mahkamah ditetapkan sebelum ini.

“Saya dengan rendah diri jaminan paling minimum diberikan jika ia dibenarkan selepas Mahkamah Klang membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000, manakala RM40,000 di Mahkamah Seremban”

“Kakak tertuduh juga hadir dan sedia menjadi penjamin. Rayuan jaminan rendah kerana pendapatan tertuduh terjejas teruk untuk menanggung diri dan adik-beradik lain yang tidak bekerja,” katanya.

Diikat jamin RM10,000

Susulan daripada itu, hakim telah menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Syarat tambahan pula tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap awal bulan, dilarang

Sebutan semula bagi kes berkenaan ditetapkan pada 10 Februari tahun hadapan.

Difahamkan, PU Azman didakwa melakukan kesalahan itu pada waktu tengah hari, 22 Julai lalu di bilik sebuah resort di Hulu Langat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: hm/achikdia.com