Ramai Penonton Menyampah & Kurang Gemar Komen Juri Jemputan GV, Tolonglah Jangan Jemput Datin Marlia Lagi

Pada hari Ahad yang lalu, di konsert Gegar Vaganza minggu ke tujuh, salah seorang juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat tidak hadir. Ketiadaan Datuk Syafinaz membuat ramai juga tertanya tanya ke mana dia pergi.

Sebenanrya Datuk Syafinaz telah menghadiri Anugerah Sri Angkasa yang turut diadakan pada ahri Ahad, hari yang sama. Bukan setakat hadir ke Anugerah Sri Angkasa, Datuk Syafinaz telah membuat persembahan di anugerah berkenaan.

Tempat Syafinaz kemudian telah di isi oleh isteri kepada Datuk M Nasir iaitu Datin Marlia Musa, seorang perlakon yang terkenal dengan gaya yang tersendiri.

Namun begitu, cara Marlia Musa menjuri nampaknya mendapat pelbagai reaksi dari para penonton. Lebih menjurus kepada persembahan pentas, berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang lakonan, para penonton melihat komen Marlia Musa itu kurang baik, apatah lagi jika dibandingkan dnegan komen bernas dari Datuk Syafinaz sebelum ini.

Antara komen dari Marlia Musa ialah mempersoalkan indentiti persembahan Tom, mengatakan Tomok terlalu keras selain mahu gaya yang lebih menggoda dari Bob. Ini pula antara komen dari netizen dan penonton seperti yang dilaporkan portal Kosmo Online dan juga diambil dari laman media sosial.

“Datin Marlia Musa ni cukuplah untuk hadir sebagai jemputan pada malam ini saja, tolonglah jangan jemput lagi”

“Harap sangat Datuk Syafinaz ada semual minggu depan dan setiap minggu, kalau yang ganti bukan-bukan baik tak payahlah ganti macam ni”

“Memang payah juga nak bagi orang teater jadi juri ni. Dia nak sampaikan apa dalam komen pun kita jadi tak faham langsung”

“Sorry pada Datin Marlia Musa, you better not be judge again. Merepek sangat dah bagi komen tu”

“Minta tolong sangat jangan lah invite lagi datin serious yang tu. Kerja dia nak carik salah orang je, Konon macam bagus pula”

Dalam pada itu ramai yang mengatakan bahawa komen dari Datuk Syafinaz memang yang paling bernas dan terbaik dalam Gegar Vaganza selain ianya mudah difahami ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kosmo/achikdia.com