Ramai Pert1kai Macam Tak Logik SeteIah Sharnaaz Ahmad Beri PenjeIasan Apa Yang Terjadi Waktu Kejadi4n

Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad tampil memberi penjelasan mengenai isu dia melakukan kekerasan terhadap penghuni di kondominium di Segambut.

Nampak satu pergaduhan

Menerusi video di Instagram (IG), Sharnaaz, 37, menegaskan dia tidak menumbuk, mencekik, memijak atau menendang perut individu yang juga merupakan penghuni di situ.

Katanya, dia cuba mempertahankan pengawal keselamatan dan tidak ada sebarang keganasan yang berlaku seperti yang didakwa sebelum ini.

Saya turun dan melihat satu pergaduhan sedang berlaku yang mana penghuni itu bertengkar kerana tidak dibenarkan membawa masuk minyak masak. Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak boleh melihat orang ditindas.

Di sini saya menegaskan saya tidak memijak atau menendang perut individu berkenaan ataupun mencekik dan menumbuknya. Itu semua karut dan saya yakin saya tidak buat.

Buat masa ini saya hanya boleh memberikan kenyataan secara ‘surface’ dan menunggu keputusan mahkamah keluar. Kenyataan ini dibuat atas nasihat peguam dan pihak polis selepas genap seminggu saya direman.

Jangan buat konklusi

Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memohon agar orang ramai tidak menghukum atau menghakimi selagi belum ada bukti yang kukuh.

Saya bukan hendak cakap saya baik atau bagus, cuma apa yang saya ingin katakan di sini adalah jangan terus membuat konklusi apabila ada orang masuk reman.

Pihak polis telah memberikan kerjasama dan begitu juga daripada saya. Semoga perkongsian ringkas dan padat ini dapat menjernihkan keadaan ini.

Komen netizen:

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut.

Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam, baru-baru ini.

Sumber: Ig sharnaazahmad/achikdia.com