
Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan penjelasan penuh siap dengan bukti daripada vokalis kumpulan Bunkface, Sam tentang semua tuduhan bekas isterinya, Aida Azira Husin.
Sam atau nama sebenar, Shamsul Anuar Mohd. Baharom berkata dia tidak pernah gagal memberi nafkah dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada Maleeq sejak mereka bercerai pada tahun 2019.
Antara bukti yang didedahkan Sam adalah mesej antaranya dengan bekas isteri sewaktu cuba mendapatkan maklumat tentang keberadaan anak mereka. Aida dilihat cuba mengelak namun akhirnya memberitahu Maleeq telah dihantar ke Melaka duduk bersama nenek tanpa pengetahuannya. Disebabkan itulah Sam berasa nafkah yang diminta oleh Aida sememangnya sangat tinggi.
Susulan sudah membuat pendedahan, hal itu menjadi tular di platform media sosial dan rata-rata netizen berasa kesian dengan Sam kerana dipergunakan serta geram apabila membaca mesej yang dihantar oleh Aida kerana seolah-olah merasakan dirinya tidak bersalah.
Bukan itu saja, malah ramai yang merasakan tindakan Aida untuk ‘membalas dendam’ dengan menggunakan anak tunggal tidak sepatutnya dilakukan serta netizen mendoakan agar Maleeq membesar dengan persekitaran yang baik-baik saja.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit: Twitter/achikdia.com