Ramai Sekolahkan GF Suspek Kes Bvnuh Yang Membakar Skandal Untuk Tutup Aib, lngat Bvnuh Semut Ke

Kes pembunuhan yang berlaku di Sungai Besar kelmarin pastinya menjadi perhatian ramai kerana masing-masing terkejut dengan kekejaman yang dilakukan oleh seorang remaja berusia 20 tahun apabila sanggup menamatkan riwayat seorang wanita yang sedang hamil.

Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun telah ditikam, ditoreh perut dan dibakar sebanyak dua kali oleh teman lelakinya yang dipercayai mahu menutup kehamilan luar nikah wanita itu.

Rupanya ada kekasih lain

Ternyata, suspek juga mempunyai seorang lagi kekasih yang telah memuat naik penjelasan di TikTok dengan memaklumkan yang dia bukanlah tunang kepada lelaki itu.

“Salam semua, saya bukan tunang dia. Saya hanya girlfriend dia. Walau betul sekalipun dia bersalah, biarlah dia terima hukuman. Nak tak nak kita kena telan juga. Biarkanlah apa yang terjadi ni, jadikan pengajaran, ambil ikhtibar untuk semua perempuan di sana. Untuk A***n, terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya,” tulis gadis terbabit.

Orangnya baik, mungkin keadaan memaksa…

Dia juga mengatakan yang tindakan suspek itu mungkin disebabkan keadaaan yang memaksa kerana disifatkan sebagai seorang yang sangat baik.

Bukan main emoji dia

Susulan daripada itu, pengguna Twitter dikenali sebagai Joe Antifragile telah berkongsi semula tangkapan layar penjelasan gadis terbabit sehingga dihentam netizen yang lain.

Rupanya tunang tu hanya khabar angin! Tapi aku tak boleh lah orang typing selit emoji sana sini ni emoji aku paling benci pulak tu. Panas pulak hati aku.

Masih nak backup lelaki gitu

Ternyata tindakan gadis terbabit menjelaskan statusnya kepada umum ‘memakan diri’ apabila dikecam netizen yang merasakan dia seakan tidak sedar yang teman lelakinya telah melakukan jenayah yang cukup kejam.

Awek dia ni okey ke tidak?

Dia ingat bunuh semut ke?

Masih lagi tenang dengan kekejaman macam tu?

Komen orang yang terselamat dan masih hidup

Terdahulu, seorang lelaki yang baru sahaja selesai melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Awam (IPTA) telah ditahan susulan penemuan mayat seorang wanita yang juga pelayan restoran di kebun kelapa sawit.

Menurut laporan, suspek  telah mengaku mengajak wanita terbabit keluar menaiki kereta milik keluarga sebelum memukul dan menikam perut mangsa bertujuan untuk mengeluarkan kandungan.

Selepas tindakan kejam terbabit, dia telah membakar mangsa menggunakan petrol untuk kali pertama dan datang semula ke lokasi kejadian pada awal pagi keesokan harinya untuk membakarnya buat kali kedua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like Page Kami Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: achikdia/Twitter Joe Antifragile