Ramai Yang Mendldih meIihat Resp0n SyamsuI Yusof ApabiIa Ditanya Secara Iive Tentang Siapa Ira Kazar

Sejak kebelakangan ini, kemelut yang melanda rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, isu makin panas apabila Puteri Sarah akhirnya membawa kes tersebut ke mahkamah bagi menyaman pihak ketiga yang mengganggu rumah tangganya dan suami.

Isyarat ‘kunci mulut’ petanda Syamsul Yusof enggan ulas tentang Ira Kazar

Sementara itu, pihak Syamsul pula masih memilih untuk mendiamkan diri hingga ke saat ini, termasuklah sewaktu menjadi tetamu jemputan dalam sebuah program realiti TV yang dikendalikan oleh Azni Hj Nawawi (Paknil).

Menerusi perkongsian kakmekk di Tiktok, dapat disaksikan sedutan daripada babak program itu bilamana Paknil bertanyakan kepada Syamsul tentang Ira Kazar.

Syamsul dengan reaksi mukanya yang tenang hanya menunjukkan isyarat ‘mengunci mulut’ sekaligus memberi bayangan kepada penonton bahawa dia enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

“Takkan tak ada tindakan? Sedihlah…”

Meninjau ke ruangan komen, ramai luah geram dengan respon yang dipamerkan olehnya.

Rata-ratanya tidak menyangka selebriti yang selama ini disanjung akan menyakiti hati isterinya sebegitu.

“Ini bukan Syamsul yang dulu”

“Dia dah kena geng”

Dalam waktu sama,ada juga yang mencadangkan agar Syamsul pergi berubat kerana bimbang segala yang berlaku dalam rumah tangganya dan Puteri Sarah disebabkan oleh ‘benda’ dan ‘unsur’ lain.

“Bawa dia berubat”

“Lain betul tengok dia”

Lihat video:

Kontroversi rumah tangga yang melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana dengan suami, pengarah filem Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang didakwa sebagai kekasih makin hangat diperkatakan.

Terbaru, menerusi sebuah video di TikTok Rghaikimbyeongho, Syamsul dan bapa kepada Ira iaitu Kazar Sanusi hadir ke sebuah kedai emas.

Dalam rakaman tersebut, kedua pelakon itu seakan sekadar membuat ‘content’ sambil memegang beberapa perhiasan emas.

Bagaimanapun, tindakan Syamsul dan Kazar itu kurang disegani sehinggakan mendapat kritikan netizen di media sosial.

Ada wargamaya yang bengang kerana Syamsul langsung tidak menjaga hati keluarga terutama Puteri Sarah.

Dalam pada itu, rata-ratanya mendoakan agar pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin terus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut.

Pada Khamis lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : kakmekk/redaksi/liveconnection24/achikdia.com